Thursday 31 January 2013

Solid Food : Resepi Spaghetti Chicken Olio

Salam semua....
Sorry sangat sebab ader yang request masakan tuk baby..
Kali nie Jasmin bagi resepinyer k..
Semenjak makin panjang akal..
Firas dah tak nak layan nasi lagi..
Maybe die dah jemu kot..
Pastue jasmin try masak bihun sup..eh laju lak!!
Pastue try mee suah..laju gak...
spagheti memang licin la...
Tapi kali nie Jasmin nak citer pasal spaghetti k..
Jasmin beri nama SPAGHETTI CHICKEN OLIO..
(naper chicken olio hahah!!! Gediks)
Bahan-bahan:
1/8 Bawang holland (dicincang)
1 ulas bawang putih (dicincang)
carrot (dihiris)
Tomato (dibuang biji dan cincang)
Leak (dihiris)
celery (dihiris)
Brokoli (ambil bunga sahaja)
ayam (dicincang)

(korang agak-agak la banyak mane nak masak k)

Jangan lupe rebuskan spaghetti sampai lembut pastue toskan..

Cara Memasak:
1. Masukkan olive oil (boleh diganti dengan unsalted butter). Pastikan minyak letak banyak sedikit dari biasa kerana minyak akan serap pada spaghetti.
2. tumiskan bawang holland, bawang putih dan juga ayam cincang...
3. bila agak kekuningan, masukkan carrot. masak sampai lembut.
4. Masukkan leak, celery, tomato dan bunga brokoli
5. Last, masukkan spagetti dan gaulkan sampai sebati.


tada!!! nie la hasilnya...
 Memang sedap sangat. rase masam-masam manis. serius sampaikan mr hubby pon join sekaki..
hehehe....

siap bawa bekal..dah boleh gie jalan dengan senang hati!
Notakaki: nanti Jasmin share resepi lain lak k...

Tuesday 29 January 2013

Auuucchhh....Tips atasi bayi saat di gigit!

Sape kat sini tak pernah lagi kene gigitan manja dengan penuh kasih sayang daripada anakanda tercinta ketika BF angkat keyboard tinggi-tinggi!!!!
Jasmin baru jer merasa kene gigitan manja tue...
Ya Allah!!! mula-mula kene tue memang terjeritla...
Tajam yang amat gigi kamu ya Firas!!!
tue gigi pertama Firas pada umur 11bulan. sekarang dah tumbuh sebelahnyer pula. dah 2 dibahagian atas akan menyusul dalam masa tak sampai sebulan!!!
sekarang nie dah macam seriau lak kalau pk nak menyusu kan Firas...
Tapi demimu wahai anak mama pejamkan mata.
Kadang-kadang tue bile kita buat-buat merajuk tak nak susukan Firas...
Firas sanggup bangun dan pujuk mama dier..
Habis muka penuh dengan air liur Firas kene cium..
Hahaha chomel jer..
Oppskos kene pujuk mama baru hati mama cair..
Yeeehhhh!!! dapat susu semula...
Based on my experienced (ecececeh)... 
Bile Jasmin menjerit kali pertama ketika Firas mengigit,  Firas terkejut! pastue die macam dah tak nak menyusu...Jasmin dah start risau..mula lah pujuk si masam nie...
Esoknyer bila Jasmin terjerit lagi..dah die buat macam satu mainan lak!! lagi kuat dier menggigit... 
Geram tau mama....
So..sekarang, bila firas menggigit masa menyusu, Jasmin akan cuba sedaya upaya untuk tenangkan diri dan yang paling penting BE POSITIF! 
Firas dengan sendirinya akan lepaskan dan rasa sakit berkurang!
Atau bila Jasmin mendapati Firas ada tanda-tanda nak menggigit...Jasmin akan segera masukkan jari kelengkeng ke dalam mulut Firas..So Firas akan menggigit jari dah dia akan menggigit sampai gigil-gigil badan tau...
Untuk mengatasi bayi agar tidak berulang kali menggigit puting payudara saat sedang disusui, Anda dapat mengikuti cara-cara menyusui bayi berikut ini :
  • Bila bayi menggigit puting payudara berulang-ulang, berikanlah lebih banyak ciuman, pelukan dan pujian saat dia berhasil menyusu tanpa menggigit. Dengan demikian, saat menyusui bayi Anda ia akan sedikit mengerti bahwa Anda lebih menyayanginya bila dia tidak menggigit saat disusui.
  • Tataplah mata bayi dengan menunjukkan rasa tidak senang saat bayi menggigit puting payudara Anda, serta segera hentikan kegiatan menyusui tersebut. Dengan begitu, saat menyusui bayi Anda ia akan menyadari bila hal tersebut Anda tidak suka ia melakukan itu dan tidak akan mengulanginya lagi di lain waktu.
  • Usahakan menyusui bayi di tempat yang tenang dan tidak banyak suara benda maupun orang yang dapat mengganggu konsentrasinya. Terkadang bayi menggigit karena mendengar suara asing dan berusaha menoleh ke sumber suara tanpa melepaskan mulutnya dari puting payudara.
  • Bila menyusui bayi, ia suka menggigit bisa saja dikarenakan ia merasa kurang perhatian dari Anda, misalnya bila Anda menyusui sambil chatting, membaca buku atau hal-hal lainnya. Untuk menghindari hal tersebut, ajaklah bayi Anda mengobrol, menyanyikan lagu untuknya atau usap-usaplah kepalanya saat menyusuinya.
  • Terkadang bayi menggigit puting payudara ketika sudah akan berakhir menyusunya. Karena itu perhatikan saat menyusui bayi ia akan berhenti dan kenali tanda-tanda dia akan selesai menyusu. Jika sedotan bayi sudah mulai melemah atau gerakannya melambat, maka cobalah untuk menarik puting payudara Anda secara perlahan dari mulut si kecil.
  • Sediakan teether atau mainan yang lembut untuk digigit sebelum Anda menyusui bayi Anda, terutama saat bayi Anda baru tumbuh gigi, agar ia tidak penasaran menggigit barang-barang yang lain, termasuk puting payudara Anda. Berikan kembali mainan tersebut setelah ia selesai menyusu untuk menghilangkan kepenasarannya terhadap puting payudara Anda.
  • Jangan menyusui bayi bila dia tidak benar-benar lapar. Bila itu dilakukan, puting payudara Anda hanya akan menjadi “mainan” bagi si kecil dengan menggigit-gigitnya saja tanpa menyedot ASI, karena dia belum menginginkannya.

Tetapi jika pada kali pertama dia menggigit, iaitu jika bayi anda tergigit payu dara anda, barangkali anda akan menjerit kesakitan. Reaksi anda yang kuat itu mungkin akan memeranjatkan bayi anda sehingga dia tidak berani mengulanginya. Sesetengah bayi boleh menjadi begitu terkejut atau takut akibat reaksi kuat sehingga mereka menolak penyusuan badan. 

Jika gigitan berterusan, anda masih tidak perlu mencerai susu bayi anda kecuali jika anda mahu. Mengetahui apa yang menyebabkan dia menggigit dan cuba memuaskan keperluan bayi anda untuk menggigit menggunakan cara lain boleh menyelesaikan masalah ini dengan cepat. 

Cara-cara lain untuk menghentikan bayi yang menggigit adalah dengan mengatakan "tidak" dengan tegas, merenung ke dalam matanya dengan marah dan hentikan penyusuan. 
menggigit

Untuk kanak-kanak yang boleh berjalan dan suka menggigit, lakukan sesuatu yang baik apabila dia tidak menggigit. 

Berikannya banyak pelukan, ciuman dan pujian. Jika anda rasa dia inginkan perhatian, berikan perhatian sepenuhnya semasa penyusuan. Belajar menyedari bila dia sudah hampir selesai. Anda juga jangan menyusukannya kecuali dia betul-betul lapar. Hentikan penyusuan jika dia mula terlelap. Berikannya gegelang gigit sebelum dan atau selepas penyusuan.

Sunday 27 January 2013

Firas jakun!!!



Salam maulidur rasul semua yang gojes-gojes.
Semalam mase Jasmin tengah mengemas botol susu firas..
Si Firas ppn tetapla berusaha menolong mama dia nie hah.
Dari keje yang boleh disiapkan dalam 15minit..
Dekat 1jam gak lah baru settle mengemas botol susu sahaja.
Mana tak nya; mama masukkan dalam box..firas lak keluarkan dari box..
Hye la si anak...kalau tak kamu nampak muka mama dah jadi hulk ok.
Eh!!dah ke laut la pulak...
Mase memgemas tue..Jasmin dapat banyak sangat botol susu yang tak guna.
Husband soh jual jer balik tak pon jadilan hadiah tuk kawan-kawan.
Dari yang jenama MAM sampaila ke jenama murah. Erm sape2 nak beli bagitau k..jasmin jual murah-murah jer.
Eh!! Tengok ke laut lg. (lempang laju-laju)...
Maae tengah selongkar tue..terjumpala puting gantung tue..
Si Firas nampak..terus rase pelik..
Lame gak la die belek-belek puting tue..
Al-maklumla Jasmin tak pernak bagi Firas puting sejak kuar dari perut mama dia nie.
Last-last mase die suakan ke mulut...muka firas innocent betul.
Mama dan babah dah gelak-gelak sebab nampak sangat betapa jakunnyer anak kesayangan jumpe puting...
layan jerla gambar kejakunan si Firas k...



Published with Blogger-droid v2.0.10

Wednesday 23 January 2013

Urine Pregnancy Test (UPT) dan Ovulation test kits (OTK)

Ovulation test kits (OTK) atau Ovulation predictor kits (OPK)

nampak mcm pregnancy test aja kan?

tapi benda ni bukan pregnancy test, ni Ovulation Strips. Benda ni digunakan untuk menentukan waktu subur seorang wanita.

Ovolation strips ni digunakan untuk mengesan luteinizing hormone (LH). Hormone ni paling tinggi dapat dikesan masa waktu subur.

cara guna : sama aja ngan pregnancy test strip, rujuk gambar di bawah :
------------------------------------------------------------------------


cara melakukan ujian :
------------------ 

1. Untuk melakukan ujian keluarkan strip daripada foil. Nota penting : Waktu yang sesuai tengah hari-menjelang malam (berbeza dengan UPT waktu yang sesuai adalah pagi dan first time membuang air kecil)
2. Celupkan strip ke dalam sample air kencing selama 5 saat. Jangan melebihi max line, jika tidah ujian tidak sah.

3. Pastikan strip dalam keadaan menegak, selepas 5 saat, angkat dan baringkan strip di atas tempat yang kering dan bersih.

4. Tunggu garisan berwarna untuk muncul. Bergantung kepada kepekatan LH dalam specimen ujian, hasil yang positif boleh diperolehi sepantas 40 saat. Walaubagaimanapon, untuk mengesahkan keputusan negatif, masa tindak balas yang lengkap 10 minit diperlukan.

cara baca result :
------------------
Dalam masa 3 hingga 5 minit, 2 garisan warna akan muncul, jangan membaca keputusan setelah lebih dari 10 minit!

Untuk menentukan keputusan anda, bandingkan keamatan warna, terang atau gelap warna garisan, jalur ujian untuk test line.

1. POSITIF
Jika jalur ujian adalah sama warna atau lebih gelap daripada jalur kawalan.

2. NEGATIF
Jika jalur lebih terang (light) dari jalur kawasan atau tidak dapat dilihat (1line sahaja).

3. KEPUTUSAN TIDAK SAH
Jika tiada jalur kawasan muncul dalam tempoh 10 minit, keputusan adalah tidak sah dan harus di abaikan. Jalur keputusan tidak akan muncul jika jumlah specimen yang tidak mencukupi di tambah ke dalam ujian. Procedur yang betul mungkin tidak diikuti dalam melaksanakan ujian, Ulangi dengan kit ujian yang baru.


ok...klu 1 line aja maknanya kita x subur time tu @ dah terlepas time subur..klu dapat yg kanan tu, double line, cepat2 ajak en husband honeymoon..hihi..

harga benda ni for single strip lebih kurang RM10+ yang paling murah. Kalau brand clearblue pulak yang single strip RM20+ & yang 5 ke 4 strip RM90+. Kalau brand watson lak harganya bleh kira murah la RM45.90 untuk 5 strip.

Bila nak test and brapa strips perlu ada??
------------------------------------------

klu cycle kita cantik, let say 28 days, cuba la test pada cycle day 8, 10, 12, 14.
klu cycle ting tong, try pada cycle day 18 selepas period.

Cuba lihat carta di atas, tgk pada suhu badan..apabila suhu badan kita meningkat secara tiba2 (*tetapi tidak lah terlalu panas) maknanya, time tu kita subur...


Gambar yang bawah nie pula adalah Urine Pregnancy Strip (UPT)..cara guna pon same macam kita guna yang jenama lain tue...so tengok gambar kat bawah nie k.




Cara melakukan ujian:
----------------------------

1: Celupkan Urine pregnancy strip ke dalam bekas yang telah di isi dengan urine. Pastikan JANGAN melebihi kawasan MAX.

2. Tunggu sehingga 30 saat dan anda akan dapat hasil nye sama ada 1 line atau 2 line...
Kalau 2 line CONGRATS korang!!!!

Pastikan Ujian yang dilakukan adalah waktu pagi dan first time membuang air kecik ye..

Tuesday 22 January 2013

Lil Jr: Firas 11 Bulan

Hai semua...
Kali nie Jasmin nak cerita pasal Firas pada usia 11 bulan..
Sekejap jer rase kan..tup tup macam semalam jer baru nak melahirkan si kecik nie.
Start 12 Jan 2013 Firas start 11 months...Bulan depan dah nak setahun...
Ala-ala ala sekejap jer wahai anak kamu nak membesar.
Mama tak puas nak gomol-gomol kamu lagi.
Sekarang Firas dah makin panjang akal tau...
Biler tak nak "geleng kepala"...
bile nampak makanan firas cakap "mam mam mam"
Biler mama dan babah say NO...terus tak buat dan cari akal lain...
Kalau time Jasmin kat dapur..dah macam-macam bunyi dengar...Suara mama dah jadi macam "sarjan" tau (tok mak cakap)
Habis semua segala benda barang kat dapur tue firas kemas. 
Siap berdiri atas keki mama lagi..
Kalau mama tak dokong..siap tarik baju mama..suar mama soh mama dokong..
mulut tak yah cakap la..bising kan main lagi. 
Kadang-kadang mama dah macam "SUPERMAM" lak buat keje sambil dokong Firas. 
Tapi kadang-kadang bahaya..kang termerecik minyak ker...mama gak yang susah hati tau.
Tapi kalau nak berjalan...siap pegang tangan mama atau babah; nak kene ikut langkah dier..dan yang paling berani mati nak jalan sendiri..
Bukan mama tak bagi tapi kaki firas tak kuat lagi...tak leh lepas terus...
Luar rumah jalan bertar..kalau sakit kang macam mane?
kalau luke kang macam mane?
mama juga yang risau k.
Sekarang makanan kesukaan Firas adalah sejenis mee..tak kisah lah dari bihun ker...suhun ker.atau mee suah..yang penting mee sebab firas suke sedut mase makan mee...chomellyer...
Minum pon kene pakai straw ok...
dah macam orang besar.
Firas Muslim kesayangn mama n babah

akal baru!!!

kasih babah

kesayangan mama
semua benda nak ditolaknyer 
Ala sayang jangan la besar cepat sangat!!!
mama harap Firas membesar menjadi anak yang soleh.

Monday 7 January 2013

Bila dapat KAKI....

Alahai lamer bebenor tak update entry terbaru...
entah-entah dah bersawang pon...
Jasmin baru jer baik dari demam...
Tapi demam malam...
Start dari kul 12 dah rase macam menggigil jer badan nie...
Siap bungkus comforter 2 helai lagi tau.. 
still rase sejuk..
Last-last hubby pesaran terus tanyer nape?
Aduih!!! (tak sensitif tul)
dah nampak bini pakai selimut leh tanyer nape?
Terus cakap badan sejuk giler!!
Hubby cakap panas sangat badan nie...
hubby terus jelum Jasmin...
pastue Hubby cakap entah-entah demam urat tak?
yela dengan ragam Firas yang semakin mengganas kan...
tak terlayan mak!!!
Pastue hubby picit dari kepala sampailah ke kaki kau!!
Biler urut jer kat badan..keluar angin yang panjang macam sendawa panjang tue...
tapi seyes pastue rasa lega sangat...
Bile picit kat tapak kaki lak..mmg sakit..
Pastue barulah dapat tidur dengan nyenyaknyer...
Esok ajaib terus sembuh..ALHAMDULILLAH..
Thanks en Hubby urut Jasmin..
Eh..eh..eh.. dah kelaut lak citer...
Jasmin nak citer perkembangan Firas terkini...
Firas dah start menapak biler umur 10 bulan 3 minggu...
maser tue dier dah leh menapak 3 langkah pastue jatuh..
Try lagi sampaila Firas penat terus duduk...hihihihi
Takperla wahai anak...TAKE YOUR TIME K...
FIras...gagah nak jalan tak mau pegang langsung...

Firas with babah!!

hah kan dah kene angkat!

Anak BAPAK!!!

Abaikan yang togel tue ee...

Tengok tue... ader hati nak jalan sendiri!

Biler bersama babah!!! HAPPY!
Jangan terkejut..gigi si kenit nie baru jer nak tumbuh...baru nampak putih kat gusi dier...
Alahai anak mama lambat bebenor nak tumbuh gigi..
Tak per lambat asalkan jangan gigit cik B sudah... SERIAU tau...