Friday 31 May 2013

Keychain Cloth Diaper in Da House!!!



Jasmin tersangat la excited ok!!!
almaklomlah tungu..punya tunggu sampai dah nak bertanduk lah nih
tak sampai-sampai juga...

nie bukan pos laju...
tapi pos lembab kot...teeettttt!!!!

TAda!!
KEYCHAIN Cloth Diaper in the house!!!

Excited terlebih tau...
Jasmin soh kawan belikan since Jasmin tak dapat nak join event Diaper Change kat KL ari tue...
Nasib baik la kawan ade gie...
Terus jer soh die belikan keychain nie...
hehehe...chomel tak!!!

Keychain CD!!

Siap ade insert dan leh letak kan skali!!!


Keychain nie di sponsor oleh MamaPayish (*__*)

hey..napelah Jasmin duk jauh sangat...kalau tak jasmin dah g pon event tue...
Event mommy2 gojes pon sampai sekarang tak dapat g lagi..
sobsobsob....

oklah..daa.....

Wednesday 29 May 2013

Bantal sejuk: baik untuk baby yang demam

Kali nie Jasmin nak share mengenai BANTAL SEJUK....
Bukan per..almaklumlah sekarang kan musim panas...
Panas yang amat tau...
hehehe (EH!!ape kene mengena dengan citer di atas?)
kembali kepada tajuk ye kawan-kawan...
Sebenarnya Jasmin dah lama menggunakan BANTAL SEJUK nie...
sejak Firas lom lahir lagi...
Pemberian dari seorang sahabat baik Jasmin...
Bantal nie Jasmin gune semasa Firas demam...
Maklumlah...Firas kan susah nak pakaikan cool fever tue..
sekejapan dah tarik...
sakit hati ko..
kalau letak belakang badan pon, Firas akan berusaha nak tarik jugak...
hai la si anak!!!
panjang akal!!
MAcam nie la contoh BANTAL SEJUK tue...
Antara kelebihan bantal sejuk nie:
BERTINDAK SEPERTI COOL FEVER
YG DAPAT MENURUNKAN SUHU BADAN ANAK ANDA KETIKA DEMAM ATAU
KETIKA CUACA PANAS.
SANGAT SESUAI UTK SEMUA PERINGKAT UMUR

Gambar bawah nie pulak mase Firas 2bulan..pas kene cucuk..badan rasa macam nak demam...


Nie pulak time dah besar ckit..klu tak silap 6bulan..cool fever tue time nak letak kat kepala kene pastikan yang si kenit nie betul-betul dah tidor ye..
kalau tak habis di tariknyer...

Untuk maklumat korang..bukan setakat budak jer pakai bantal nie tau..bapak budak pon suke curi pakai bantal nie...
mula-mula pk bantal terkeluar dari landasan tetapi dah disapu habis di bawah kepala babahnyer...
sabo jer la!!!
Oklah..daa.....

Friday 24 May 2013

Expo Midvalley

Hua...jasmin tak tahu la sekarang nie memang mood ke laut nak menulis tau..
Hakikatnya dalam kepala nie macam-macam nak dikongsikan...
Hua..sedih yang amat.
Jasmin nak cerita pasal expo mother and childrent yang berlangsung dari Midvalley..
Sebenarnya Jasmin ade kenduri kawen dekat Bukit Beruntung...
Petang tue terus shoot gie Midvalley
Kalau ikutkan memang nak balik Melaka jer terus..
Maklumlah esoknye keje..

malas nak bersesak-sesak sebenarnya..
Nie kali ke-2 ye Jasmin pergi Expo kat Midvalley..
Almaklumlah ku duk Johor...nak datang semata-mata memang bercinta la jawabnya...

Kali nie, Jasmin hanya nak rembat pakaian basahan jer tuk si Firas nie..
Buat tambah-tambah baju yang semakin mengecil itu...

Nie jer la yang Jasmin dapat sambar..

Baju dekat booth Pureen...sepasang RM15 sajor


Hanya seluar panjang ok...2 pasang RM10 ade 6 pasang so RM30

Nie goodybag..free

Tgoklah anak mama yang selalu terlebih rajin tolong mamanyer...grrr..
Kalau ikutkan...memang takde pape pon nak beli...
Tapi bila cik suami dah ajak....wajib pergi ok!!
jangan tolak tuah...

dan.....

















1st time makan...











MACAROONS...

serius!!! TAK SEDAP sebab terlalu manis....

oklah sampai cni..bye..
Published with Blogger-droid v2.0.10


Saturday 18 May 2013

CLOTH Pad tuk Mama Firas

Kali nie Jasmin nak share mengenai CLOTH PAD pulak..
hehehe...
Jasmin pon baru jer lagi terjebak di dalam dunia CLOTH PAD nie...
Bermula sejak ramai sangat yang jual pad-pad herba nie..
sebenarnya bukan per..
Jasmin rasa tidak yakin dengan kandungan yang di dalam pad tersebut..
Yelah...cuba korang bayangkan...
dah la tepat tue basah dan lembab kan...
Pastue ade jugak herba-herba dalam pad tue...
so, macam mane pad tue nak berkesan atau mujarab supaya herba-herba tue nak masuk dalam badan...
Darah yang terhasil tue pon dah kotor kan..
Pastue Jasmin mulalah berjinak-jinak dengan CLOTH PAD nie...
Alhamdulillah...memang tak rasa pon...
sebab kain kan..so rasa macam pakai seluar dalam jer..opppsss..
Antara kebaikkan CLOTH PAD adalah:

1. Perbezaannya ialah oleh kerana pad bertujuan untuk menyerap darah bulanan wanita, anda mungkin merasa tidak selesa untuk membawa darah "kotor" anda atau membasuhnya tetapi ini bukanlah alasan yang baik untuk anda tidak mahu memakai cloth pad kerana seperti disposable pad, anda juga perlu untuk membasuhnya sebelum dibuang, bukan? Darah bulanan anda bukanlah sesuatu yang kotor dan menjijikkan kerana ia adalah proses pembersihan fizikal semulajadi dan bukannya satu penyakit yang menjijikkan dan memalukan yang perlu anda buang begitu sahaja. Percayalah, bau kurang enak itu bukannya bau darah anda, ia adalah bau hasil dari tindakbalas kimia yang terdapat dalam disposable pad tersebut! Dengan menggunakan cloth pad, tidak ada bau yang kurang enak dan anda hanya perlukan satu bag (seelok-eloknya wet bag) untuk menyimpan dengan baik pad yang telah anda gunakan sebelum ia dibasuh dengan bersih.

2. Disebabkan pad/pantyliner ini dibuat dari fabrik yang sangat lembut (flannel atau microfleece), anda akan berasa sangat selesa sehinggakan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam anda sendiri! Tidak seperti disposable pad yang dibuat dari plastik, kertas serta bahan kimia bertoksik, kain flannel dan microfleece adalah sejuk dan lembut serta membenarkan pengudaraan yang baik serta mengelakkan kegatalan dan infeksi pada vagina. Flannel adalah fabrik yang diperbuat dari 100% cotton asli, bersifat 'sejuk', berupaya menyerap dengan baik dan sangat sesuai bagi mereka yang berkulit sensitif atau alahan kepada fabrik sintetik. Microfleece pula adalah fabrik sintetik yang bersifat 'stain-resistant' dan 'stay-dry' jadi darah yang melekat sangat mudah dicuci. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran kerana cloth pad juga dilengkapi denganwaterproof polyurethane laminated fabric (PUL) jadi, ia berupaya untuk mengelakkan kebocoran. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan atau dari aspek 'hygenic' nya kerana ia sama seperti seluar dalam anda yang boleh anda pakai dan basuh berkali-kali setelah dipakai.

3. Pemakaian cloth pad secara berterusan sewaktu haid juga dapat mengurangkan atau menghentikan terus kesakitan akibat senggugut secara beransur-ansur kerana darah anda akan keluar lancar tanpa gangguan dari bahan kimia dan bahan toksid yang terdapat pada disposable pad yang boleh meresap ke dalam tubuh anda. Terdapat banyak testimonial dari wanita yang tidak lagi mengalami senggugut yang teruk sejak bertukar kecloth pad. Tahukah anda bahawa 83% dari wanita hari ini terdedah kepada jangkitan faraj dan 62% adalah disebabkan penggunaan disposable padyang berkualiti rendah!

4. Dengan adanya cloth pad juga anda akan sentiasa mempunyai bekalan pad yang cukup tanpa perlu berkejar ke kedai sewaktu kecemasan seperti yang biasa anda alami jika memakai disposable pad.

5. Vagina wanita adalah sangat sensitif dan istimewa, jadi berikanlah yang terbaik dari segi penjagaannya. Saya sendiri telah menggunakan cloth paddan cloth pantyliner ini dan sejak menggunakannya, saya tidak lagi menggunakan disposable pad walau pun ketika keluar dari rumah. Pada mulanya, saya membeli cloth pad dari USA yang dibuat oleh WAHM (working at home mom) kerana keinginan yang kuat untuk mencuba tetapi oleh kerana ianya diimport, harganya agak mahal. Kini, saya tidak perlu risau lagi kerana saya sudah menemui penyelesaiannya: cloth pad yang rekaannya lebih cantik dan selesa, menggunakan fabrik yang sebahagiannya diimpot tetapi dijahit oleh ibu-ibu di Malaysia dan harganya jauh lebih murah!! Ramai kawan saya juga telah melakukan perubahan yang sama dan kini saya ingin berkongsi perkara yang baik ini dengan anda semua. Buat pengetahuan anda, saya masih mempunyai 2 packs ( 2 x 10 pcs) disposable pads yang telah saya beli sebelum ini yang masih tersimpan dan tidak lagi saya gunakan! Kini tiba giliran anda untuk melakukan perubahan. Anda tidak akan rugi apa-apa untuk mencuba kerana lumrahnya, kita sendiri yang akan tahu kebaikan sesuatu yang baru setelah kita mencubanya sendiri.


Tada..ne lah CLOTH PAD pertama Jasmin beli...
CP dari Bamboolite

Sekarang Jasmin tengah kumpul CP pulak..CD Firas, Jasmin dah pose membeli..hehehe

Oppss..sapa-sapa nak membeli CP atau CD atau barangan baby lain..meh la pakat-pakat klik dan LIKE page Momma Outlet e...

Friday 10 May 2013

FirasMuslim::Photobook

Entry yang dah lama tapi dah nak basi pon...hehehehe...
Jasmin nak ucapkan bebanyak terimas kasih kepada UMI QI di atas tutorial dalam pembikinan photobook untuk Firas..
click cnie pasal PHOTOBOOK tue...
opss lupe nak mention...photobook nie beli PIXAJOY...
Jangan terkejut...Jasmin sempat grap 4 photobook tau...
Murah serendah RM10 dan RM15 jer uols...
Tapi Jasmin lebih suke amik package yang RM15 tue 
size 8.5' x 12'...
besar!!!! kalah story book kawen tau....hahhahaha
setelah dibuka....jeng jeng jeng

muka depan atau front page


Antara muka suratnya...

antara isi kandungan lak..hihihihi...

Kalau tak silap Jasmin promotion photobook nie dah abis 30 April hari tue...

Nie tgah menunggu Album ke-2 lak sampai...
Tak sabar...

2 lagi dalam process tau...

Monday 6 May 2013

Makanan Sunnah::Habbatus Sauda

wah!!!memang dah bersawang betul blog Jasmin nie...
Kalau lah boleh dilihat dengan mata kasar pasti dah penuh habuk!!!
(apakah!!)
Jasmin nak share satu MAKANAN SUNNAH...iaitu
HABBATUS SAUDA...
Jasmin start mengamalkan Habbatus Sauda sejak Jasmin keguguran hari tue...
Bukan Jasmin sorang saja tau yang amalkan..tetapi Firas pon Jasmin start dengan menggunakan Minyak Habbatus sauda...
Habbatus sauda jenis biji
Habbatus sauda jenis kapsul
Jasmin amalkan makan Habbatus sauda jenis kapsul nie....
Alhamdulillah...badan pon semakin cergas..
Yelah..Jasmin kan banyak berjaga..siang jaga Firas..
Bila malam lak..pas Firas tidur, Jasmin berhempas depan PC buat editor gambar lak...
Tidur mesti dalam aroung 2-3pagi...
kadang-kadang terlajak sampai kul 4pagi!!!
Kul 7pagi lak automatik si Firas nie terjaga sampailah kul 10pagi barulah die tdo balik..
Apelagi...Jasmin pon sambung membuta juga!!!
tapi tak leh lama-lama tau...
walaupon tinggal dengan family Jasmin...
masak tetap kene sediakan..
lagi-lagi si kenit nie suke sangat dengan nasi goreng..hahahha...
oppss.kan dah kelaut...
haippp!!!!!
sambung citer balik...
Jasmin bagi Firas yang Habbatus sauda jenis minyak...
macam dalam gambar kat bawah nie...
Habbatus sauda jenis cecair
Jasmin akan masukkan setitis atau 2 titis ke dalam bekas minuman Firas
(tengok pada kebesaran besar bekas minuman)
Alhamdulillah..Firas tak pernah menolak...
walaupon ade sedikit bau habbatus sauda tetapi Firas tak kisah...
Rasa air nie sama jer rasa cuma tang bau tue ada sedikit kuat...
Hopefully..ia akan dapat membantu anak mama membesar dan sihat serta cergas...
setakat nie Firas memang susah nak demam...
sejak lahir hanya 3kali jer demam..
itupon demam di bawah39 darjah calcius..(gigih ko menaip penuh!!)
Nie adalah sedikit Jasmin info pasal HABBATUS SAUDA..

Ciri-Ciri Utama Habbatus Sauda (info dari Mr. google)

Antara bahan-bahan kandungan Habbatus Sauda ialah Fixed Oil (saturated dan unsaturated), Minyak-minyak Asas (sterol, thymohydroquinone, carvone, limonine, cymene), Alkaloids, Saponin dan Asid Amino.
Dalam kitab Al Tibb An-Nabawi (Pengobatan Cara Nabi) yang ditulis Ibnu Qayyim Al-Jauziyyah, Habbatus Sauda’ dikenal juga sebagai Al Habbah Al Barokah. Dalam kitab tersebut disebutkan bahwa Habbatussauda dapat mengubati 50 macam penyakit tanpa efek.
Suatu ulasan ilmu kedoktoran menampilkan bahawa kandungan Habbatus Sauda antara lain:
1.Antiinflamasi, mengubati perih radang tenggorokan.
2.Antiarthritis, mengubati reumatik.
3.Analgesik, mengubati sakit gigi dan
sakit kepala (migrain).

4.Aktivitas hormon, mengatur haid dan meningkatkan aliran susu.
5.Antiseptik, mengubati bau mulut.
6.Antivirus, mengubati demam dan flu.
7.Dermatologi, mengubati jerawat dan eksim.
8.Urinary tract , mengubati saluran kemih dan batu ginjal.
9.Sistem kekebalan, meningkatkan daya tahan tubuh untuk menangkal penyakit.
10.Gastrointestinal tract , mengubati
mabuk, diare, kejang konstipasi, dan
empedu.

11.Sistem sirkulasi, meningkatkan kinerja jantung.
12.Nematocidal, mengubati cacing pita.
13.Respiratory tract , mengubati sesak nafas (asma).


KHASIAT HABBATUSSAUDA
Kepala :

Sakit kepala
Gigi
Migrain
Kelimumur
Amnesia
Pengeluar kahak
Lumpuh
Selsema
Radang gusi
Gusi berdarah
Ulser
Resdung
Telinga
Mental
Mata.



Dada :

Batuk
Radang paru paru
Paru-paru berair
Asma
Dengupan jantung yang laju
Menambah susu ibu.



Perut :

Batu karang
Batu hempedu
Gastrik
Ulser perut
Merawat sistem penghadaman
Senggugut
Memusnahkan organisma dalam hati
Buah pinggang dan limpa
Cirit - birit, keracunan, membunuh parasit.



Pinggang - kaki :

Gout
Sakit puan & sakit tuan
Melancarkan peredaran Haid
Mencerdaskan seksual
Menguatkan tenaga batin
Buasir.

##
RasulullahSallallahu ‘AlaihiWassallam bersabda :
Tetaplah kamu dengan habbatussawda’ kerana padanya adalah penawar bagi segala jenis penyakit melainkan As Sam.” iaitu adalah mati