Showing posts with label Love..... Show all posts
Showing posts with label Love..... Show all posts

Thursday, 2 June 2011

Bersendirian......(:'<)

Hari nie terasa keseorangan,....
Huahuahuahua....

My Hubby dah gerak ke JB awal-awal pagi lagi...
Tp kesian kat My Hubby coz dah 2 hari x cukup tdo..
nak siapkan video....
Video aper ek....

Hehehehe...
Video tuk sukan teknikal TNB.....
Wish u Good Luck and Hope u can win.....

Bie....tapi Jasmin rindu sangat kat Bie...
Cepat balik la yerp...
Sayang Dier...
MUAH...MuAH..muah...............

Wednesday, 11 May 2011

Genap 2 Bulan....AMIN

Alhamdulillah....
Syukur ke hadrat Allah S.W.T.
Usia perkahwinan kami mencecah 2 bulan...

Insyaallah...semoga Allah melimpahkan rahmat dan kebahagiaan atas kami sekeluarga, 
dan dikurniakan anak-anak yang soleh dan solehah...

AMIN

Friday, 11 March 2011

KAMI DAH KAWEN (*___*)


Tanggal 11 Mac 2011

Selepas Asar....

Kami telah pon sah disatukan sebagai suami isteri......



Terima Kasih kepada sanak saudara n teman2 yang memeriahkan majlis kami...

Doakan kami bahagia sehingga ke akhir hayat n Cepat2 dapat baby....



Nota kaki: Kami nak baby ramai2.....nak meriahkan rumah kami...

AMIN.....

Friday, 22 October 2010

Ish...aper tue?

Ari nie Jasmin penat nak taip banyak2....
Jasmin pernah cter maser kat entry nie....
jom layan gambar yang telah dicapture oleh chinta ati Jasmin.....
Panorama Sun set....







Jasmin suker gler gambar nie...I LIKE!!!!

Bie...monyet nie dah tangkap cintan ngan bie tau....dr td asyik tgok bie jer......





Nota kaki: Kiteorang tgah cari port yang paling besh tuk pre-wedding kiteorg......

Tuesday, 19 October 2010

Ngendap ker?


ISh.......aper yang sedang di lakukan oleh chinta ati Jasmin nie....
korang agak2 per?
tgah menggendap ker?
ish2...x baik la........cakap ngan mak!!!! (@___@)

meh layan gambar nie......

Bie.....buat per kat saner tue? sampai mencangkung?

Lor....naper lak nie? mcm nak mengatakan sesuatu???


Ape lagi nie???

Lor...ruper2 nie amik gambar nie.....

Tp nie guner camera Jasmin la....
guner Camera SONY nnt Jasmin tunjukkan k.....
Mmg berbeza quality picture ngan camera Jasmin...
xsia2 beli....

Tujuan datang cnie adalah tuk:
cari tempat tuk bergambar mase w-day nnt......hihihi......

Beshnyer.....(*____*)



Monday, 9 August 2010

Antologi rumput dan kasih sayang...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.