Thursday, 31 July 2014

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin dari kami sekeluarga

Hi korang semua....
Kali ie Jasmin sekeluarga nak mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...
Maafkan andai kata Jasmin pernah menyakitkan hati dengan cara penulisan atau percakapan...sama ada secara sengaja atau tidak...
Maaf dipinta dr hujung rambut sehingga hujung kaki...
Justeru itu.. (ececeh)..
Selamat hari raya kawan2 semua...

Tuesday, 22 July 2014

Check List Majlis Aqiqah FIRZANA NUR MILLIYA



Pejam celik----pejam celik lagi 5 hari sahaja kita hendak menyambut Syawal kan...

baru sekarang anak buat preparation untuk anak dara Jasmin...



Masa Majlis Aqiqah Firas buat dekat umah Mak Jasmin

Kali nie mentua request nak buat dekat rumah die lak di Melaka

Insyaallah akan diadakan pada hari raya ke-3

Antara Check list Majlis Aqiqah Firzana:

1. Goody Beg--- 

Jasmin dalam proses membeli. Planning nak bagi cookies dan surah Yassin (50% Done)

2. Kambing 

Hari Khamis nie baru misi mencari kambing tapi kata hubby die dah kol cume kene tengok sendiri kambing tue. Puas hati.

3. Makan-makan

Nie semua Family mentua yang sediakan. 

4.Khemah

Family mentua juga sediakan.

5. Photographer

Nie hubby sendiri punye..maybe nak suruh adik hubby amikkan gambar. Jimat!!

Kami hanya perlu sediakan duit sahaja disebabkan atas alasan-alasan yang tidak dapat dielakkan.

Notakaki: Walaupon hati sedih tak dapat buat seperti yang dirancang dan macam time abang Firas...tapi positifkan diri. 

Insyallah akan berjalan dengan lancar.

Baju raya dalam proses!!!
Sekarang tengah bergiat dengan jahit baju..harap-harap dapat la sedondong beraya kali nie. dan paling best beraya bersama anak teruna dan dara....hehehehe....



Friday, 11 July 2014

Anak:: Bila dan hukum sunatkan bayi perempuan dan Firzana selamat disunatkan

9 May 2014 (jumaat)

AWAS!!! nie entry lama...

Mesti korang terpikir-pikir kan bila masa yang sesuai untuk sunatkan anak perempuan...

Serius sangat perkara nie....
Jasmin terpaksa mencari info dekat mr google...

Jasmin pon ada juga tanyakan kat tukang urut Jasmin...

Antara jawapan yang Jasmin dapat adalah:

1. Hospital atau klinik: bila bayi lahir sahaja terus disunatkan (ada tunggu sebulan baru boleh sunatkan masa si ibu pergi check up)

2. Bidan atau tukang urut : 3 bulan ke atas.

Hukum bagi sunatkan anak perempuan:

Dalil utama berkaitan 'Khatan' adalah
خمس من الفطرة : الختان والإستحداد وتقليم الأظافر ونتف الإبط وقص الشارب
Ertinya : Lima perkaea fitrah : berkhatan, mencukur bulu kemaluan, memotong kuku, mencabut bulu ketiak (cukur), memendekkan misai. ) Riwayat Muslim)

Pandangan para ulama dalam memahami hadith di atas terbahagi kepada tiga kumpulan :-
1) Hukumnya sunat bagi lelaki dan wanita . Ia adalah pandangan Imam Malik dalam satu riwayat, Abu Hanfiah dan sebahagian ulama mazhab Syafie.
2) Wajib bagi lelaki dan wanita . Demikian fatwa Mazhab Syafie dan kebanyakan Ulama dan juga pandangan Imam Suhnun anak murid Imam Malik,   
3) Wajib bagi lelaki dan hukumnya sunat bagi wanita. Demikian sebahagian ulama Syafie, dan mazhab Hanbali.
Kesimpulan perkara, disepakati bahawa khatan bagi lelaki adalah wajib, dan jika warga lelai satu negara semuanya tidak berkahatan, maka pemerintah perlu bertindak ke atas mereka.
Syeikh Atiyyah Saqar memberikan ijtihad beliau setelah meneliti dalil-dalil yang ada..katanya tiada dalil yang sohih serta terlepas dari komentar yang menunjukkan wajib bagi wanita untuk berkhatan.
Syeikh Mahmud Syaltut (bekas Syeikhul Azhar) pula mengatakan bahawa para doktor berkata kesan daripada wanita tidak berkhatan adalah akan menaikkan syahwatnya dan dibimbangi mendorong kepada sesuatu yang tidak diingini.
Berkata pula Prof. Dr Md Hasan Al-Hafnawi , pakar perubatan kulit di kuliah perubatan al-azhar dan Dr Md Sadiq selepas meliaht hadith2 Nabi, mereka memberi pandangan dari aspek perubatan  .
:Kelentt wanita (yang dipotng sebahagian jika dikhatan) yang berada di pangkal faraj wanita memberi rangsangan terkuat untuk hubungan lelaki dan wanita, dan kekuatan rangsangannya boleh mencecah 7 kali lebih sensitif dari zakar lelaki.."
dan pelabagi lagi hasil kajian mereka yang tidak sempat saya terjemahkan. di akhirnya pakar perubatan ini berkata :
" Demi menjaga maruah dan kehormatan wanita dan kewanitaannya, wajiblah kita mengikuti ajaran Islam dalam hal ini, yang terbaik bagi wanita adalah "isymam" atau memotong sedikit hujung dari kelentit . ( Majalah, Oktober 1994)
Syeikh Dr Yusof Al-Qaradawi setelah membawakan dalil-dalil bagi kumpulan yang mewajibkan berkata, hadith-hadith dalam hal wajib khitan bagi wanita adalah lemah . Justeru khitan adalah wajib bagi lelaki sahaja, dan tidak wajib dan tidak juga sunat bagi wanita..Hanyalah harus bagi wanita, dan digalakkan jika boleh membawa kepd manfaat, dan tidak digalakkan jika sebaliknya.
Qaradawi juga berkata, setakat pengetahuannya bahawa wanita2 arab kebanyakkan tidak berkhitan kecuali mesir dan sudan. Adapun negara arab di Teluk dan maghribi..tiada khatan bagai wnaitanya, dan ulamanya juga senyap tiada memberi komen.
Rasulullah Berkhatan
Menurut pandangan dan kajian oleh Imam Ibn Qayyim dalam kitabnya Zadul Ma'ad, pandangan yang paling tepat adalah Rasulullah  SAW di khatankan oleh Abd Mutalib pada hari ketujuh kelahiran baginda mengikut kebiasaan Arab.
Dan padangan bahawa Rasululllah SAW dilahirkan dalam keadaaan berkahatan adalah lemah, demiian juga pandangan yang menyatakan bahawa JIbrail as yang mengkhatankan baginda semasa membelah dada baginda SAW.
Sekian
29 Nov 2006
8 Zulkaedah 1427 H

Akhirnya, Firzana dah jasmin sunatkan pada 9 May 2014 (jumaat).

masa nie Firzana baru jer 12 hari..hehehe..


Geram kan tengok budak nie...pipi labuh!!
Alhamdulillah.....selesai sudah satu tanggungjawab.

Tuesday, 17 June 2014

Pindah rumah! Penatnyer~~

Alhamdulillah, sekarang nie Jasmin dah duduk sendiri bersama keluarga kecil. 
Walaupon hanya rumah sewa...

Sebenarnyer husband jasmin dah start mencari rumah sejak awal tahun nie...
Sejak TNB mula pakai swipe card....
kalau tak memanjang jer lambat.

Jasmin tak kisah sebab xde punch card.. (opppsss)...

Oklah, sejak tahu husband nak cari rumah sewa, Jasmin duduk rumah kemaslah sikit-sikit...
tapi memang cabaran sungguh bila dah ada yang tukang mengemas sekali nie...
Kerja yang boleh siap cepat dalam 1 jam jer dah jadi berjam-jam...
hahaha...(takperlah anak)

Yang peliknyer walaupon hanya barang setakat dalam bilik jer...
tapi...bila nak angkut sampai kene naik lori..
angkut naik kete adelah dalam 5 trip..haih...pelik bin ajaib...mcm barang banyak sangat kan...
Alhamdulillah, Hubby dapat cari rumah sewa dalam bulan 2 hari tue...
Tapi masuk bulan 3...

Alamak, Jasmin mesti dalam pantang kan...
Tapi hubby kata takper...redho jer..

Jadi masa dalam pantang pon Jasmin sibuk mengemas oiii...
hahaha..cume takdelah nak mengangkat barang bagai, 
cuma masukkan barang dalam kotak jer...

Jasmin lupe nak amik gambar semasa barang pindah hari tue..sebab dah kelam-kabut...
pastue dengan bersepah lagi...
abis satu bilik penuh debu nan suci...
Jenuh tau nak mengemas balik....
Nie keadaan dekat rumah jasmin still dalam mood kekemasan...
Rumah mak lak...dah siap mop bagai...
Opps lupe, Jasmin tak angkut sekali katil, tilam, n almari juga meja solek...
senang, kang bila tdo rumah mak takdelah nak tido bawah pulak kan..hehehe...
Kat umah sewa tue bertahan lah ye...
tido hanya bertentangkan toto dahulu...
hehehe...
oklah...layan lah gambar firas membantu mamanyer mengemas...

rajinkan anak mama yang sorang nie...

see...apelah yang die gigit tue...

bertabahlah mama, haih....

Thursday, 5 June 2014

Review Breast Pump Kesayangan Hamba

Korang, hari nie mendung jer....plus pagi-pagi hujan...
rasa malas tul nak pergi keje...
hahaha...kalaulah opis tue aku yang punye...heaven!!!!
Jasmin nak cerita ckit pasal breast pump yang telah berkhidmat sejak 2 tahun lepas lagi
Jasmin tak pernah kongsikan dengan korang breast pump yang telah banyak berjasa dan tidak pernah miss menjalankan tugasnyer selama 2 tahun 3 bulan nie...
Ada dua BREAST PUMP yang Jasmin pakai sehingga lah sekarang

1. Spectra DEW 300 Electric Breast Pump

Jasmin tertarik dengan jenama Spectra  nie sebab bila try dan test masa Expo mom & baby Fair kat Midvalley, Jasmin suka pada suction strength die Jasmin selesa sangat-sangat. Tak sakit dan bunyi die pon tak kuat sangat pon. Firas leh jer tdo lena kalau Jasmin pump sebelah die.
Lagipon Spectra nie pon boleh jer buat double pump. 
Cuma breast shield set kene beli asing..tapi klu tak pakai breast shield pon ok jer...kalau pakai lagi lembut gitu...

Lagi satu banyak sangat review yang mengatakan pump jenis nie memang heavy duty dan susah sangat nak rosak...(WOW!!!)

sejibik macam dalam gambar nie Jasmin punye...
Spectra Dew 300 Pilihan hati
 
Filter
   Gambar atas nie pulak Filter...Filter nie digunakan untuk elak backflow...memang superb. Jasmin dah gunakan dari Firas lahir sampai lah sekarang....Alhamdulillah tak pernah rosak lagi setakat nie...

Firas pijak pon ok lagi...
See....siap pijak lagi tau!!! memang heavy duty!!!
Sila abaikan ruang yang bersepah tue....Firas tgah mengacau mama nak buat keje!!!

2. Breast Pump M1 Spectra

Yang nie Jasmin beli masa dalam pantang anak ke-2, Firzana. Beli dengan sorang rakan. Murah jer....
RM360...
Dapat 1 set pump, double pump, dan cooler beg Autumn...
Macam dalam gambar nie...


Jasmin tak beli cooler pack sebab dah ade...
Jasmin suke spectra M1 sebab size die kecik jer, sebesar tapak tangan Jasmin nie...n terlalu ringan.
senang kot nak menghangkut dalam kete..Jasmin kan keje site. Banyak pump dalam kete. Lagipon bateri memang dah built in dalam kan.
So, memang sangat-sangat berbaloi beli.
 Jasmin memang statekan jenama SPECTRA nie sebab jenama nie menag serasi sangat dengan Jasmin.
Kalau ikutkan nak jugak beli madele freestayle tue, tetapi suction die terlalu lembut lak pada Jasmin..
Dan yang palling best pada Jasmin nie, adalah 2-2 jenis pump yang Jasmin beli nie senang nak dibersihkan...lagi-lagi yang Spectra DEW 300 tue...Just kene basuh valve, corong  ngan mambrane die jer...
Spectra M1 lak just basuh breast shield aka corong, valve  dan of course botol...
Maybe lain orang, lain citarasanyer...
Jasmin bukan complain tau, cuma nak bgtau yang Jasmin betul-betul serasi dengan Jenama SPECTRA nie...
Apa pon pilihan korang, mesti yang terbaik untuk anak-anak kan...
Keep it up mommy.
Doakan Jasmin berjaya meneruskan penyusuan ini sampailah Firzana umur 2 tahun k...
Nak sangat sama rezeki mcm abang Firas yang masih lagi menyusu mama nyer...
"Syusyu mama sedap!!"""
hehehee..
oklah bye...

Wednesday, 4 June 2014

Anak:: Firzana kene Juandis (^_^)


Hua...nak nangis tau..
Malaysia kalah lak dalam perlawanan Piala Thomas..
Tak perla kan...cuba lagi Malaysia..

MALAYSIA BOLEH!!!

Eh...eh...eh...

Nie bukan Jasmin nak cerita kan sebenarnyer...
Nak cerita entry yang dah basi sangat-sangat...
tapi jadi satu fenomena dalam hidup...

ececehhh.....macam poyoz lak...

Serius, Abang Firas tak pernah kene juandis...
So, untuk si adik memang sangat-sangat mencabar ok!!
Dengan sakit pinggang lagi kesan trauma bersalinkan adik...

Pastue tup-tup seminggu lepas kelahiran adik kene lak Juandis dalam bacaan 18 atau 300++

Dan dan tue jugak lah Jasmin merasa naik ambulance...
Hubby....kene lah balik rumah kemas pakai baju kiteorang and baby...

Macam mane dapat detect kuning ek???

Cerita die nurse KK datang rumah, check adik Firzana kekuningan...
patutnyer kene bawa spital malam tue jugak...tapi kiteorang tangguh esok pagi terus pergi KK Sg. Mati.
Ape lagi terus lah merasa naik ambulance...
masuk dalam tue..dah bergenang air mata ok...
mama buat drama air mata...sambil dipujuk hubby kat pintu ambulance...

Sampai jer spital terus pergi bahagian kecemasan and admit wad NICU kat Hospital Pakal Sultanah Fatimah..

Masuk-masuk jer wad...fuyoo...cantiknyer wad kanak-kanak nie..
meleset sungguh selama nie pergi hospital lain macam...(jawab sendiri ok)

Kiteorang mamng tahu anak-anak akan kene juandis sebab Jasmin jenis darah O+...
so percent tue memang tinggi nak kene...
Tapi Alhamdulillah, Firas tak kene pulak...

ok...ok ...dah melalut lak...
Jasmin duk kat wad NICU tue selama 3 hari...
 Bacaan Hari pertama: 365
Bacaan Hari ke-2: 186
bacaan ke-3: 135

sepatutnyer hari ke-2 dah boleh balik tapi sebab nak kene pantau...
so, bertahan jerla dekat spital..
Hubby lak tgah standby masa tue...jumpe pon kejap-kejap jer...
sedih tau!!

hari pertama dekat spital, Firzana asyik menanggis jer...
nasib baik nurse dekat sana baik jer...
Kadang-kadang kalau kita xleh handle die akan datang amik baby dan pujuk baby
lagi satu maybe sebab susu Jasmin nie jenis lambat nak built up balik...
so, untuk nak baikkan juandis Firzana, 
terpaksa la campurkan dengan FM..
dan yang paling penting, Jasmin di ajar bagi SI yang diperah dan FM dengan menggunakan cawan..
mula-mula memang kekok, tapi lama-lama expert beb.
Masa nie pakai kan lampu yang besar sebab juandis Firzana agak tinggi.

Malam ke-2 pulak Firzana dah behave. tdo pon dah leh terkangkang...hahahaha
Lampu pon dah tukar kepada lampu biru yang biasa.
Doktor cakap if Doktor senior kata dah boleh balik...so ready jer sebab kuning Firzana banyak turun.
Tapi, Doktor tak bagi balik lagi sebab nak pantau juandis Firzana...

erm...

hari ke-3, awal-awal pagi dah siap mandi kan Firzana, dah amik darah, dalam kul 10 pagi doktor datang cakap dah boleh balik!!!!
YAHOO....

Dan-dan kol hubby, tapi hubby leh amik petang jer..sebab ade breakdown la pulak..
takperlah, janji leh balik..hahaha...

Tup-tup sampai kul 2 petang tgok hubby datang, berdouble horey ok...
cepat-cepat pakaikan baju Firzana..
dan-dan macam tue jugak lah die nak membuang pulak...
terpaksalah tunggu...

Hubby lak settlekan bayaran hospital...
Hubby malas nak gune GL sebab banyak procedure kan...lagipon malas nak masuk office.
So bayar by cash jer la..
Tak mahal ok...
bayar dalam Rm78 ringgit mcm tue jer..
Tgok bill harga sebenar dekat RM800...amik ko!

nasib duk hospital kerajaan kan...
Makan memang tak pantang langsung, 
semua sebat, ikan, ayam, udang...hahahaha....

kang nanti duk umah mesti kene pantang bebetul, Jangan cari pasal...

Tapi Firzana kene juandis agak lama jugak tau, pas kuar spital, semimggu pertue kene cek darah lagi..still ada lagi sampaikan Firzana nak kene detect Prologue Juandis..
So kene amik darah.

tapi, minggu depan nyer, Firzana dah bebas juandis...Alhamdulillah...kire 3 minggu jugak lah Firzana kene juandis. memang lamakan...
Serius, tak sampai hati tengok kene cucuk amik darah...mata nie nak berair jer...
sobsob....
Tapi takperla, untuk pengajaran kami sekeluarga juga.

Tapi sekarang, Firzana dah membesar dengan jayanyer..hehehe

opppsss sorry entry terpanjang pulak...

layan jerla gambar anak dara den kat spital hari tue...


Hari pertama: asyik menangis jer mungkin sejuk sebab tak pakai baju kan..pastue aircond sejuk sangat!!

cantik tak speck baru saya...

Amboi adik!!! lasak sangat!!

Monday, 12 May 2014

Tips dan Panduan Kisah Breastfeed dan Pregnancy

Lama sangat tak berblog...
cuti pantang dalam 2 bulan setengah...
memang bercinta lah nak buka blog....

Bayangkanlah kalau Jasmin susukan Firzana dan tidokan Firzana, 
Abang Firas pon nak join sekaki gak...
Penat mak oii...

Hahaha...tapi demimu wahai anak....mama kuatkan semangat
kan...kan...kan...
Sebenarnya..entry nie Jasmin buat semasa Jasmin preggykan Firzana lagi...
Tgokk!!!

Lama sungguh la entry nie bersawang kan...
Sekarang masa Jasmin update entry nie alhamdulillah, 
Jasmin masih mampu lagi menyusukan kedua-dua anak Jasmin...
Penat??
Ish tak yah cita lah....

Lihat!!!

Betapa besarnya pengorbanan mak-mak di luar untuk anak-anak kesayangan dia kan...
opss.....tgok dah merapu....
Jasmin nak cerita kat korang Kisah Jasmin Breastfeed anak yang sulung dalam masa yang sama tengah preggy...

Korang tahukan...dan kalau tak tahu Jasmin sebelum keje nie...
Jasmin ade buat keje dekat rumah...means kerja dari rumahla....
sambil jaga anak di rumah...

so, siang memang Jasmin banyak masa melayan Firas dan sempat menyusukan Firas sampai 2 tahun...
Alhamdulillah.....syukur sangat.
Tapi....banyak cabaran tau yang Jasmin tempoh sepanjang Jasmin menyusukan Firas dan dalam masa yang sama Jasmin preggy...

Antara anasir-anasir tersebut adalah:

1. Eh! ko ade lagi e susu? ko kan pregnant?
2. Ish...Jangan bagi susu kat anak ko, nanti anak ko bukan isap susu, tapi isap darah!
3. Jaga-jaga ko tue mengandung, kang gugur susah lak...
4. Ko tak rasa letih menyusukan anak nie...nak bawa badan lagi...ishhh...

Kalau nak ikutkan dah macam lali sangat telinga nie mendengar macam-macam.
sampaikan Jasmin menitis air mata, 
Tapi alhamdulillah, Jasmin dikelilingi dengan husband yang banyak membantu dan juga mak Jasmin sendiri yang memberi galakan untuk menyusukan Firas. 
Jasmin kongsikan sedikit panduan kalau korang still nak menyusukan anak dan dalam masa yang sama mengandung.

TIPS:
1. Dapatkan nasihat daripada doktor sama ada Doktor PAED dan juga Doktor Laktasi. 
2. Pastikan tanda-tanda seperti pendarahan (walau sedikit) dan cepat-cepat jumpa doktor jika berlaku pendarahan.
2. Banyakkan berDOA dan THINK POSITIF
3. SUPPORT daripada suami dan juga keluarga insyaallah akan dipermudahkan segalanya.

Antara Cabaran yang paling Jasmin takut ialah susu merundum!!!
YES!!! Jasmin memang alaminya masa kandungan 8bulan...susu sangat-sangat drop. Tapi sebabkan Firas pon dah makan so, Jasmin gantikan dengan makanan dan juga buah-buahan. Jasmin juga masa nie baru start susu FM kat Firas...tapi Firas lagi suka susu mamanya....
Kalau apa yang kita fikirkan dan nekad untuk menyusukan anak, insyallah dan yakinlah Allah pasti akan tolong kita.

Memang banyak cabaran, memang tak dapat disangkal.
yang penting kita tekad dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak. insyaallah.
So, Jasmin sangat berharap agar dipermudahkan juga untuk menyusukan FIRZANA sama seperti Firas. 
 Amin... 

Firas suatu masa dulu....gerammmm.....