Tuesday, 9 July 2013

Salam Ramadhan 1434/2013

Esok bermula la Seluruh Umat Islam di Malaysia berpuasa...
Semalam (hari Isnin) jenuh juga nak tunggu 'pakcik' yang selalu buat pengumuman puasa tue...
Tapi...
Sekarang kan macam tak best..
kalau dulu...pasti tertunggu-tunggu nak buat pengumuman puasa atau raya sebab die cakap terlalu slow dan penuh pertanyaan...
rasenyer dalam 5 minit pon ado kot...
Tapi kali nie...
'pakcik' tue cakap mengalahkan roket..serius..tak tertunggu terus dapat jawapan..tapi feel tak do..hahaha
"Tak surprise" bak kata laki ku...
Pengalaman yang Jasmin tak boleh lupakan 2 tahun lepas mase mengandungkan Firas adalah...
Jasmin hanya mampu berpuasa selama 3 hari sahaja...
Hari ke-4 hingga ke-29 terbaring dan mengalami tekanan darah rendah...
SOBSOBSOB....
Sekarang masih berbaki 18 hari lagi...
so terpaksala bayar Fidyah la gamaknya...
Harap kali nie Jasmin boleh berpuasa penuh dengan keadaan yang sama..
Keadaan yang sama?? Means?
nanti -nantila Jasmin bagitau k...hehehe...
Jasmin nak share golongan yang dikenakan Qada' puasa dan membayar Fidyah...
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :
  1. Bimbang akan kesihatan dirinya sahaja.
    Atau
  2. Bimbang akan kesihatan dirinya dan janinnya / anaknya.
  1.  Wajib Qada’ puasa.
  2.  Tidak wajib bayar Fidyah.
Sekiranya hingga datang Ramadhan berikutnya dia tidak ‘menggantikan puasanya, maka wajib dia Qada’  puasa dan membayar Fidyah.
Ibu hamil atau yang masih menyusui anaknya yang tidak berpuasa di Bulan Ramadhan dengan sebab :
  1. Bimbang akan kesihatan janinnya / anaknya sahaja.

  1.  Wajib Qada’ puasa.
  2.  Wajib bayar Fidyah.
Sumber dari: http://www.maij.gov.my/?page_id=485
Jasmin nak amik kesempatan sesiapa sahaja mengucapkan Selamat berpuasa. Maaf dia atas segala salah dan silap serta keterlanjuran kata. Semoga Ramadhan kali ini ,e,bawa seribu makna buat kita semua...Ameen. 
Pesanan ikhlas dari kami...

Bergojes Di Jusco Bandaraya

Wah..ayat tak tahan....
Hari AHAD yang super duper mencabar..
cettt....
cabaran la sangat
Mesti korang nak tahu kan...
hehehe...
Nak dijadikan cerita, memang plan nak balik Melaka pada hari Sabtu tue..
Sebab utama nak tengok reno rumah MIL...
Tapi hubby cakap nak balik sekejap jer sebab hari Ahad tue die keje..
Lor...jangan la tak jadi...
Habis plan aku..
so, Jasmin mula buat rancangan...
Ok..malam tue kiteorang dinner kat Api-Api Steambot dengan kawan die...
Saje-saje buat lambat. 
Hehehe..
Tup-tup berbual..punye berbual sampaila nak dekat kul 11 lebih..
hahaha..yes..menjadi.
so bermalam la di Melaka..
Tetapi esoknyer...Mil kejutkan kiteorang pagi-pagi soh kemas rumah. 
Jasmin lak kene sediakan sarapan...
Alahai...buat cepat-cepat k...
Pagi-pagi tue whatsep ngan gojes melaka...
Etty cakap wawa sampai dalam kul 12 tgah hari..
sudah!!!! sekarang kul 11 pagi!
Cepat-cepat mandikan Firas..pastue cakap ngan Hubby nak g JJ nak jumpe kawan..
Hubby cakap kul 2 kene balik e...
OK!!!! YEZZA!!!
Cepat-cepat mandi dan terus berdezup ke JJ..
(hehehe kire melarikan diri sebentar dari kemas rumah!!)
Dalam hati tak sabar nak jumpe Etty dan umar serta wawa dan Elman
Pastue ya ampun..jammed sudah..ramai gilos orang kot. Cari parking berpusing-pusing last-last dapat pon yang dekat. Alhamdulillah.
Sampai jer kat Tingkat 2 nampak si Etty kejar si Umar...
Pastue tanye Etty..mane wawa..
Hua..mak sentap..Wawa celah rumah tue leh tak nampak...
korang bayangkan betapa kurusnye Wawa....
Daku terus la melepak ngan si wawa n etty...
Tetapi..harap maklom sebab masing-masing bawa anak ke taman ala permainan..so semua agresif.
Tapi tak tahu la nape si Firas nie terlalu behave..hahahaha...
Thanks sayang, kalau macam nie setiap hari memang masyuk.
Tengok Elman bila berjalan fuh..memang dah tak pandang kiri kanan begitu juga si Umar...
Ligat ko!!
hahaha...tapi tersangat la chomel k.
Dan....sangat yang mengharukan adalah bila Jasmin tak sempat nak bergambar ngan Wawa...
Sentap tau...Sorry sangat wawa...
Wawa..jasmin tabik spring sebab 100% FULLTIME pakai CLOTH DIAPER.
(daku memang tak de la..kat rumah jer pakai)
Dan Etty...memang layan jer..syok woo...dan tengok aksi umar ligat dan sangat aktif...hehehe
Jasmin tak boleh lama...sebab hubby nak masuk keje la katakan, kene balik Muar..so tak banyak yang dapat dibualkan...
Firas Muslim yang tetibe behave sangat...

Hah...tersangat la aktif Umar nie

Tengok!!! Firas pon dah start! Umar tak sabar nak berlari!

Misi memujuk anak k
Kalau ada masa lagi kita jumpa lagi k...
Teringin nak jumpe mommy Gojes yang lain lak pasnie..hehehe

Friday, 5 July 2013

FANATIK:: Teduhan Kasih



korang semua...
Korang fanatik tak tengok cerita TEDUHAN KASIH tue...
Family Jasmin punya lah fanatik..
termasuk la Jasmin...

Sanggup ko record cerita tue biarpon dalam masa yang sama tengok sekali...

DAN.......

malamnyer pulak tengok kat TONTON sampai kul 5pagi...

Esok dah lemau sebab tak cukup tidur kan...

Tapi bila si Firas nie tidor, Jasmin pon sekaki la join sekali...hehehe

Ish tak tahu la, sebelum nie kalau tengok cerita melayu xde la sampai fanatik...
biasa-biasa jer....

Entah lah...penangan perubahan hormon kot...
hehehe...

Dan yang paling geram adalah kat AYU...
Ya Allah..macam nak jentik-jentik jer die...
harap tue hanyalah lakonan semata-mata...jangan jadi reality udah la ye...MENAKUTKAN...

Tapi terasa best jagi macam IFFA tue...
terlalu penyabar...
Tapi daku jenis yang kurang sabar..hua...ACANER tue...

Dan yang paling hansome adalah ADI PUTRA...
ish feeling habis...
hua...pasangan sejoli dalam drama ye...

Eh..salah la, MA lagi hansome la...
(kang ade yang koyak tang bontot) hehehe jangan majuk bie e..bie paling hamsome la.

walaupon citer nie ade tersasar cikit dari novel tapi takperla...
HAPPY ENDING...


Thursday, 4 July 2013

Jelebu VS Demam VS HFMD (part 2)

Jasmin nak sambung cerita nie...
hehehe siap bersambung ko!! tak tahan
Macam mane Firas leh terkena jangkitan HFMD nie...
ianyer jangkit dari anak yang mak jaga!!!
Mula-mula si kakak hari isnin...
Rabu lak si Adik....
(kiranye 2 orang yang mak jaga)
Firas...hari sabtu...
JOM TENGOK INFO NIE...
Artikel tentang HFMD ini adalah dirujuk daripada garispanduan Kementerian Kesihatan Malaysia untuk kes HFMD.



Definisi dan Penyebab

HMFD ialah jangkitan melalui sejenis virus dipanggil enterovirus, atau virus yang biasa terdapat di dalam usus. Contoh virus yang menjangkiti manusia ialah poliovirus, Coxsackie virus A dan B, echovirus dan enteroviruses 68-71.

HFMD boleh disebabkan oleh coxsackievirus A16, A5, A9, A10, B2, B5 and enterovirus 71. Coxsackievirus A16 (Cox A16) adalah penyebab paling biasa HFMD tetapi yang paling tidak bahaya.

HFMD disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah lebih merbahaya dan menyebabkan kematian. Ini adalah disebabkan oleh jangkitan selaput otak (meningitis), Jangkitan otak (encephalitis), masalah jantung (myocarditis) dan jangkitan paru-paru berair.

Cara jangkitan
HFMD mudah berjangkit. Jangkitan dapat merebak daripada manusia ke manusia melalui sentuhan melalui cairan hidung dan mulut, air liur, cecair daripada lepuh tangan dan kaki, dan najis mereka yang dijangkiti. Seseorang pesakit paling mudah menjangkiti orang lain dalam waktu seminggu terkena jangkitan.


Gejala Penyakit
HFMD datang dengan tumbuh ruam dan lepuh di tangan dan tapak tangan (macam berair atau ruam merah), penggelangan tangan, kaki dan juga kawasan mulut. Kebiasaannya, hampir kesemua kes mempunyai ruam di tangan, tetapi hanya 90% sahaja kes yang mempunyai ruam di dalam mulut. Adakalanya hanya ruam di tangan sahaja yang timbul jika dijangkiti HFMD tanpa ruam2 di kawasan yang lain.

Dalam masa yang sama, pesakit boleh mendapat demam, rasa lenguh-lenguh badan, sakit kepala, jangkitan mata, sakit perut dan kadang-kadang cirit birit.

Di antara banyak virus penyebab HFMD, virus yang disebabkan oleh enterovirus 71 (EV71) adalah paling merbahaya. Demamnya adalah lebih tinggi (39 darjah ke atas) dan lebih daripada 3 hari. EV71 adalah penyebab kematian 27 orang kanak-kanak di Sarawak daripada 34 kematian pada tahun 1997.

Perkara yang perlu diberi perhatian sekiranya anak anda menghidap HFMD:-

. Demam Tinggi.
• Penat dan lemah.
• Tidak mahu makan dan kurang kencing.
• Bernafas kencang.
• Muntah-muntah.
• Nampak mengantuk, pening dan cepat marah dan menangis.
• Sawan


Perawatan HFMD.

HFMD biasanya tidak bahaya dan hilang sendiri. Kebanyakan kes tidak perlukan kemasukan ke hospital dan hanya perlu dirawat sebagai pesakit luar sahaja.

Perawatan simptomatik diperlukan oleh kebanyakan pesakit HFMD. Ini bermaksud menurunkan demam, mengurangkan kesakitan seperti sakit kepala dan sakit badan, Meningkat hidrasi pesakit dan perlukan rehat yang secukupnya. Gel kebas boleh diberikan untuk mengurangkan kesakitan ulser mulut.

ANTIBIOTIK tidak perlu digunakan di dalam kebanyakan kes.

Pesakit perlu diasingkan daripada kanak2 yang lain.

Bilakah pesakit perlu dimasukkan ke Hospital?
- Apabila pesakit tidak boleh makan dan minum dan perlu dimasukkan air melalui salur darah
- Kelihatan lemah dan teruk, kelihatan toksik
- Jika demam tidak berkurang dan tinggi (38 dan 39 darjah sentiasa) lebih daripada 4 hari
- Bila doktor menjangka terdapat jangkitan kepada kawasan otak menyebabkan kanak-kanak meracau, serangan sawan, kepenatan melampau, tidak peka terhadap persekitaran.
- Bila terdapat masalah jantung seperti gangguan bunyi jantung, tekanan darah rendah.
Masih TIADA vaksinasi untuk penyakit ini pada waktu ini.


Elakkan Jangkitan!
Adalah penting untuk anda membasuh tangan dengan menggunakan sabun setiap kali anda menukar lampin anak-anak yang terkena HFMD.

Anda juga boleh menggunakan air dan sabun (ada yang cadangkan menggunakan Clorox) untuk membersihkan lantai, mainan, pakaian dan lampin yang terkena najis atau air liur mereka.

Jangan bawa anak anda ke tempat terbuka seperti kolam renang atau kompleks membeli belah. Sekolah dan nurseri juga perlu dielakkan untuk mengelakkan jangkitan merebak.


Jangan Panik

Sekiranya andak anda terkena jangkitan, usah panik. Kebanyak HFMD tidak merbahaya dan pulih sendiri. Apatah lagi sekiranya anak-anak anda tiada demam, selera makan adalah biasa dan nampak ceria sahaja walaupun terdapat ruam di mulut dan tangan.

Dapatkan nasihat doktor di klinik yang berhampiran dan elakkan jangkitan kepada anak-anak yang lain.

Wallahu A'lam.

Ditulis oleh Dr Azwan untuk http://www.drazwan.blogspot.com/

Jadi....Firas hanya dibekalkan ubat mandi dan sapu sahaja. Doktor juga tak bagi Firas terlalu expose kat luar.

Alhamdulillah...biji-biji tue hanya ada di tangan dan kaki dalam bilangan yang minima..
kalau tak silap kire ari tue tak sampai 20 biji pada kaki dan tangan.
masuk hari ke-2 dah kering...
Alhamdulillah...
ade tande sakit tak? Aktif bebenor!

So, berhati-hatilah sekarang nie...
Virus berada di mana-mana sahaja tau....


Sunday, 30 June 2013

Jelebu VS Demam VS HFMD

Alhamdulillah...
Akhirnya hujan turun mencurah-curah minggu lepas kan...
kalau tak silap hari rabu hari tue...
Alhamdulillah...
Hujan rahmat tue membawa bersama jelebu yang sebelum ni mencecah IPU 700++

YES!!! HARI SABTU..
Jasmin masih ingat lagi perbualan antara Jasmin and my hubby
Hubby: yang..cuaca makin teruk nie...macam mane? cian lak kat Firas..
Jasmin: itula pasal..dalam rumah bertutup pon leh bau asap..sampaikan asap ade dalam rumah nie...
naik semput.
Hubby: orang tak leh cuti..ade job...biasalah keje waktu darurat...ayang bawa firas lari dari muar leh tak?
lagipon malam ade kendurikan kat Shah Alam....
Jasmin: Tapi hari ahad ade ghadering blogger..macam mane? bie leh datang?
Hubby: kalau takde pape..orang naik (pergi ghadering)
Dalam hari dah berkobar-kobar nak gie GHADERING GENG BLOGGER GOJES....hehehe
Jasmin siap-siap dalam kul 10 pagi kuarkan kereta...
Ya Allah..cuaca macam malam ok...
manakutkan ditambah bau asap yang menyesakkan dada...
Ayah, emak, adik, Firas dan Jasmin pon berangkatlah ke Nilai.
Tinggallah hubby yang dicintai..dalam hati dah nak menagis tau sebab jarang sangat berpisah.
Kalu g outstation pon kalau jasmin boleh ikut..jasmin akan ikut..hehehe
eh..back to topic...
Mase dalam perjalanan nak kuar rumah jer...
Ya Allah....jarak penglihatan tak sampai 100m ok...Jasmin bawa kete 30km/j..
dah macam semut....
tengok..dahsyatkan....
Alhamdulillah..bila dah nak sampai Pedas..jarak penglihatan semakin pulih....
Sampai jer Nilai kiteorang terus jer ke KOTA SERIEMAS rumah sepupu Jasmin.
Petang tue Firas dah start demam sikit...
Jasmin lak tak bawa ubat, so terpaksa keluar mencari klinik panel lak...
Ubat yang dibekalkan adalah coolfever dan ubat demam sajo...
Malam..terus pergi Majlis perkahwinan dekat Dewan SUK Shah Alam...
Sape peminat novel mesti kenal die la....hehehe
Seperti biasa Jasmin memang tak berapa suka pergi majlis berjadual dan berprotokol nie...
tak best ok...tak dapat merayap..tak dapat berbual dengan meja lain dan yang paling penting tak dapat makan sedangkan dah nak dekat kul 10 malam!!!!
ok...Firas..asyik tidur sahaja memandangkan badan masih panas lagi kan...
Fine..sampai umah dalam perjalanan balik pulak terlihat hutan kat PUTRAJAYA terbakar...
5buah lori bomba tue ok...so sesak di situ..
sampai Nilai dalam kul 1 pagi...
balik jer terus tidur tetapi....
Firas mula merenggek..
SUHU dah cecah 39.8 cel....
stanby ubat bontot dan termometer (pinjam cousin jasmin)
sudahnyer sampai ke pagi tak tdo...huhuhu
Esoknyer..pagi2 kol hubby cakap Firas demam panas dan hubby pesan jangan balik selagi die tak bagi balik muar...
Teringat pada ghadering GOJES..cepat2 inform kat aty bagitau keadaan sebenar...
cari2 no ciknaa pon tak de la pulak...
mesej-mesej etty jugak cakap tak pergi...
erm..melepas lah lagi nak pergi...
Petang AHAD tue jasmin sempat shopping Nilai 3 dengan ayah dan sepupu mase Firas tidur.
Mak yang tolong jagakan Firas..
Fuhh...orang jangan cakaplah...padat!!!
After shopping..siap2 tuk balik Muar...Ya Allah...pasrahkna diri...
IUP NILAI dah 98...
Balik jer muar..alhamdulillah...keadaan semakin pulih.
Tetapi Firas tak pulih lagi...
Esoknyer..cepat-cepat bawa Firas jumpe klinik panel lagi...
rupa-rupanyer Firas kene jangkitan HFMD...
atau kata lainnyer...sakit kaki tangan mulut...
oppsss...entry terpanjang....nanti Jasmin update pasal HFMF dan cara mengatasinyer ok!!!

Thursday, 20 June 2013

Apabila jari-jemari mula menari...

wah..tajuk itu tak tahan...
hehehe...

dah macam citer upin-ipin yang tajuknyer "JARI JEMARI SALLEH"

kali nak tukar 
"JARI JEMARI JASMIN"
leh tak..

Alaman..perasaan sungguh...

Kali nie Jasmin tengah giat dalam menjahit pulak
iyolah tahun nie mak den dah malas nak menjahit dan amik upah 
ape lagi jahit baju kiteorang
siap cakap..ko tempah jer la kat kedai..

Alamak...mesti larikkk budjet kan
 eh citer dah melalut..

kembali kepada citer sebenar okey..

Jasmin berjaya jahit baju ala-ala kemeja
(proud tuk diri sendiri)

nie baju ke-2 jasmin jahit tau..
baju pertama adalah baju kurung nursing.

TADAA......


baju kemeja ...

Jenuh tau nak menyiapkan..
Jasmin start lukis pola selepas budak kecik a.ka. Firas tidur dan semua baju dan makanan tuk masak semua selesai.
dalam kul 12 tgah malam gak...
gigih tau nak menyiapkan sampai amik masa selama SEBULAN!!!

mane lah tak lame bila datang mood menjahit barulah terhegeh-hegeh nak menjahit..hehehe

Di tambah laji bila tengah syok-syok buat pola..terdengar la suara si kecik nie nak susu pulak..

kalau ikutkan 1 hari jer dah siap tapi...(sendiri mau ingatla)

Contonyer macam gambar kat bawah nie...
macam manelah maknyer nie nak menjahi dengan tenang kan...

cett budak yang tak gheti duk diam
notakaki...agak-agak sempat tak nak jahir baju anak beranak raye nie...(tepuk dada tanyelah hati...eh!!!)

Tuesday, 18 June 2013

Kisah Kami Bertiga::Uniten in da house!


Korang mesti bosan kan...
lagi-lagi uniten...
lagi-lagi uniten..
ape dah..

dah xde tempat lain gamaknyer...

oppsss...
hahaha jangan dilayan daku yang tengah emo...

Ape yang best pasal UNITEN???
OF COURSE la tempat cintan cintunla katakan..
tempat yang sentiasa di ingati sampai sekarang.
hehehe

Zaman cinta-cintun....kurus tak?

Semasa menggandungkan Firas...hehe
GEMOK!!!
Dan gambar bawah nie semasa Firas setahun ok....

Pantang jumpe air mesti fikir nak berenang..alahai anak...jap lagi kita g swimming pool k..

Bertiga...

Ini budak dah panjang akal tau

Tgok!!! aishhhh....geram mama

Kene paksa bergambar...hehehe


Korang mesti pelik kenapa gambar kat tasik UNITEN pastu berhadapan MASJID lagi..
hehehe ............
Di situlah si jejaki propose si dara..
kehkehkeh...(lempang kang)

Ianyer menjadi kengan abadi tuk Jasmin sekeluarga...

Semoga hubungan yang terbina  kekal abadi sehingga ke JANNAH...
AMIN..