Friday 11 June 2010

Merancang majlis perkahwinan

Bukan senang nak berkawin rupanya! Banyak betul perkara2 yang anda kena ambik tau semasa merancang sesuatu majlis perkahwinan. Jika korang tak mau memeningkan kepala, apa kata upah wedding planner jer…:-) Walaupun begitu, anda tetap kena tau sikit sebanyak tentang apa yang perlu dibuat sebelum tibanya hari bersejarah itu! Jom tengok list di bawah nie…

1. Daftar kursus kawin

2. Set tarikh (nikah dan sanding)

3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan

4. Pilih tema majlis kahwin

5. Buat medical check-up (HIV)

6. Beli barang2 hantaran

7. Beli souvenir dan bunga telur

8. Beli alat2 untuk gubahan barang hantaran

9. Tempah juru nikah atau tok kadi

10. Senaraikan tetamu yang nak dijemput

11. Tempah kad jemputan

12. Gubah barang2 hantaran

13. Tempah pelamin

14. Book juru solek atau mak andam

15. Pilih busana pengantin

16. Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain)

17. Tempah juru kamera dan/atau juru video

18. Beli barang2 untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dll) – atau pakai jer khidmat catering kalau tak nak peningkan kepale korang yang dah pusing tue…

19. Hiasan meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)

20. Hiburan (kompang ke, silat gayung ker, marhaban, tarian dll.)

21. Membuat banting atau signage (jika berkaitan)

Aduh...pening kepale Jasmin dibuatnyer...dtambah lg Jasmin tgah belajar skrag...

Hope, perancangan Jasmin berjalan dengan lancar..

Insyaallah


0 comments:

Post a Comment