Saturday 18 May 2013

CLOTH Pad tuk Mama Firas

Kali nie Jasmin nak share mengenai CLOTH PAD pulak..
hehehe...
Jasmin pon baru jer lagi terjebak di dalam dunia CLOTH PAD nie...
Bermula sejak ramai sangat yang jual pad-pad herba nie..
sebenarnya bukan per..
Jasmin rasa tidak yakin dengan kandungan yang di dalam pad tersebut..
Yelah...cuba korang bayangkan...
dah la tepat tue basah dan lembab kan...
Pastue ade jugak herba-herba dalam pad tue...
so, macam mane pad tue nak berkesan atau mujarab supaya herba-herba tue nak masuk dalam badan...
Darah yang terhasil tue pon dah kotor kan..
Pastue Jasmin mulalah berjinak-jinak dengan CLOTH PAD nie...
Alhamdulillah...memang tak rasa pon...
sebab kain kan..so rasa macam pakai seluar dalam jer..opppsss..
Antara kebaikkan CLOTH PAD adalah:

1. Perbezaannya ialah oleh kerana pad bertujuan untuk menyerap darah bulanan wanita, anda mungkin merasa tidak selesa untuk membawa darah "kotor" anda atau membasuhnya tetapi ini bukanlah alasan yang baik untuk anda tidak mahu memakai cloth pad kerana seperti disposable pad, anda juga perlu untuk membasuhnya sebelum dibuang, bukan? Darah bulanan anda bukanlah sesuatu yang kotor dan menjijikkan kerana ia adalah proses pembersihan fizikal semulajadi dan bukannya satu penyakit yang menjijikkan dan memalukan yang perlu anda buang begitu sahaja. Percayalah, bau kurang enak itu bukannya bau darah anda, ia adalah bau hasil dari tindakbalas kimia yang terdapat dalam disposable pad tersebut! Dengan menggunakan cloth pad, tidak ada bau yang kurang enak dan anda hanya perlukan satu bag (seelok-eloknya wet bag) untuk menyimpan dengan baik pad yang telah anda gunakan sebelum ia dibasuh dengan bersih.

2. Disebabkan pad/pantyliner ini dibuat dari fabrik yang sangat lembut (flannel atau microfleece), anda akan berasa sangat selesa sehinggakan anda merasa seperti tidak memakai apa-apa selain dari seluar dalam anda sendiri! Tidak seperti disposable pad yang dibuat dari plastik, kertas serta bahan kimia bertoksik, kain flannel dan microfleece adalah sejuk dan lembut serta membenarkan pengudaraan yang baik serta mengelakkan kegatalan dan infeksi pada vagina. Flannel adalah fabrik yang diperbuat dari 100% cotton asli, bersifat 'sejuk', berupaya menyerap dengan baik dan sangat sesuai bagi mereka yang berkulit sensitif atau alahan kepada fabrik sintetik. Microfleece pula adalah fabrik sintetik yang bersifat 'stain-resistant' dan 'stay-dry' jadi darah yang melekat sangat mudah dicuci. Anda tidak perlu risau tentang kebocoran kerana cloth pad juga dilengkapi denganwaterproof polyurethane laminated fabric (PUL) jadi, ia berupaya untuk mengelakkan kebocoran. Anda juga tidak perlu risau tentang kebersihan atau dari aspek 'hygenic' nya kerana ia sama seperti seluar dalam anda yang boleh anda pakai dan basuh berkali-kali setelah dipakai.

3. Pemakaian cloth pad secara berterusan sewaktu haid juga dapat mengurangkan atau menghentikan terus kesakitan akibat senggugut secara beransur-ansur kerana darah anda akan keluar lancar tanpa gangguan dari bahan kimia dan bahan toksid yang terdapat pada disposable pad yang boleh meresap ke dalam tubuh anda. Terdapat banyak testimonial dari wanita yang tidak lagi mengalami senggugut yang teruk sejak bertukar kecloth pad. Tahukah anda bahawa 83% dari wanita hari ini terdedah kepada jangkitan faraj dan 62% adalah disebabkan penggunaan disposable padyang berkualiti rendah!

4. Dengan adanya cloth pad juga anda akan sentiasa mempunyai bekalan pad yang cukup tanpa perlu berkejar ke kedai sewaktu kecemasan seperti yang biasa anda alami jika memakai disposable pad.

5. Vagina wanita adalah sangat sensitif dan istimewa, jadi berikanlah yang terbaik dari segi penjagaannya. Saya sendiri telah menggunakan cloth paddan cloth pantyliner ini dan sejak menggunakannya, saya tidak lagi menggunakan disposable pad walau pun ketika keluar dari rumah. Pada mulanya, saya membeli cloth pad dari USA yang dibuat oleh WAHM (working at home mom) kerana keinginan yang kuat untuk mencuba tetapi oleh kerana ianya diimport, harganya agak mahal. Kini, saya tidak perlu risau lagi kerana saya sudah menemui penyelesaiannya: cloth pad yang rekaannya lebih cantik dan selesa, menggunakan fabrik yang sebahagiannya diimpot tetapi dijahit oleh ibu-ibu di Malaysia dan harganya jauh lebih murah!! Ramai kawan saya juga telah melakukan perubahan yang sama dan kini saya ingin berkongsi perkara yang baik ini dengan anda semua. Buat pengetahuan anda, saya masih mempunyai 2 packs ( 2 x 10 pcs) disposable pads yang telah saya beli sebelum ini yang masih tersimpan dan tidak lagi saya gunakan! Kini tiba giliran anda untuk melakukan perubahan. Anda tidak akan rugi apa-apa untuk mencuba kerana lumrahnya, kita sendiri yang akan tahu kebaikan sesuatu yang baru setelah kita mencubanya sendiri.


Tada..ne lah CLOTH PAD pertama Jasmin beli...
CP dari Bamboolite

Sekarang Jasmin tengah kumpul CP pulak..CD Firas, Jasmin dah pose membeli..hehehe

Oppss..sapa-sapa nak membeli CP atau CD atau barangan baby lain..meh la pakat-pakat klik dan LIKE page Momma Outlet e...

0 comments:

Post a Comment