Pejam celik----pejam celik lagi 5 hari sahaja kita hendak menyambut Syawal kan...
baru sekarang anak buat preparation untuk anak dara Jasmin...
Masa Majlis Aqiqah Firas buat dekat umah Mak Jasmin
Kali nie mentua request nak buat dekat rumah die lak di Melaka
Insyaallah akan diadakan pada hari raya ke-3
Antara Check list Majlis Aqiqah Firzana:
1. Goody Beg---
Jasmin dalam proses membeli. Planning nak bagi cookies dan surah Yassin (50% Done)
2. Kambing
Hari Khamis nie baru misi mencari kambing tapi kata hubby die dah kol cume kene tengok sendiri kambing tue. Puas hati.
3. Makan-makan
Nie semua Family mentua yang sediakan.
4.Khemah
Family mentua juga sediakan.
5. Photographer
Nie hubby sendiri punye..maybe nak suruh adik hubby amikkan gambar. Jimat!!
Kami hanya perlu sediakan duit sahaja disebabkan atas alasan-alasan yang tidak dapat dielakkan.
Notakaki: Walaupon hati sedih tak dapat buat seperti yang dirancang dan macam time abang Firas...tapi positifkan diri.
Insyallah akan berjalan dengan lancar.
Baju raya dalam proses!!!
Sekarang tengah bergiat dengan jahit baju..harap-harap dapat la sedondong beraya kali nie. dan paling best beraya bersama anak teruna dan dara....hehehehe....
Ini adalah sebuah coretan suka dan duka.Adakalanya kita di atas dan kadangkala dibawah...ibarat RODA yang berpusing...FAMILY 1st(",)...may hope happiness can belong with me forever n ever...
"Ya ALLAH... permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan AMIN..."
::DOA MAMA::
~Bismillahirrahmanirrahim~ Ya Allah, Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu. Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu. Kurniakan dia akal yang bijak, Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji. Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon. jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu ~Amin~
0 comments:
Post a Comment