Tuesday 23 April 2013

Menghindari Kata ‘Jangan’, ‘Tidak’, dan‘Tidak Boleh’ Pada Anak

salam 1 MALAYSIA..
(dan-dan jer)
Jasmin nak kongsikan satu ceramah yang pernah Jasmin hadiri
Ceramah mengenai "education for your kids"
Ceramah nie memang mengajar banyak ilmu di mana Jasmin tak pernah tahu dan selalu amik mudah dan tak terfikir pon...
Antara sub-topic yang menarik perhatian Jasmin adalah
"CARA BAGAIMANA KATA 'JANGAN', 'TIDAK' DAN 'TIDAK BOLEH' PADA ANAK"
Wow..memang mencabar tau...
katakan lah anak tengan berlari main kejar-kejar..
mesti kita akan cakap : "Jangan lari nanti jatuh"
betul tak?
tapi sebenarnya..kanak-kanak nie mempunyai kefahaman yang berbeza....
sebab tue kalau kita perhatikan...
kanak-kanak nie akan terus berlari sampaikan kita sendiri yang akan sakit hati dan akhirnya kita akan marah pada kanak-kanak tersebut...
Salah satu faktor yang mendorong kanak-kanak itu adalah kata-kata negatif daripada perkataan JANGAN itu sendiri...
Kanak-kanak akan mencuba dan terus berexploitasi dengan kata-kata yang dilontarkan kepada mereka...
Jadi, sebagai ibu bapa hendaklah memberi kata-kata yang positif dan dengan kata lain adalah percakapan yang tulus...
contoh: 
jangan lari nanti jatuh
ubah kepada:
jalan jom!!!

sekarang pon Jasmin masih lagi dalam dalam pembelajaran...
wow..memang berpeluh....
mengajar dan belajar adalah bukan sesuatu yang perlu dipandang ringan tau!!!
so...semoga jasmin dapat biasakan diri dalam mendidik anak-anak ke arah yang lebih positif...ameen...

Monday 15 April 2013

Happy besday to Me~~

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim….
Kau yang Maha Pengampun…
Ampunilah segala dosa-dosa dan kesalahanku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan suamiku
Ampunilah dosa-dosa dan kesalahan kedua ibu bapa kami,
abang-abang kami, kakak-kakak kami, adik-adik kami, seluruh keluarga kami
sama ada yang masih hidup atau yang telah meninggal dunia….
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Jauhkanlah kami semua dari siksaan dan azabMu,dari api nerakaMu, dari kemurkaanMu, dari maksiat dan keburukan serta godaan syaitan dan tipu daya syaitan.Dekatkan kami dengan syurgaMu,dekatkan kami dengan kasih sayangMu dan dekatkan kami dengan ilmu agamaMu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Berikanlah petunjuk untuk kami menuju ke syurgaMu
Bukakanlah pintu hati kami untuk menerima cahaya petunjuk dariMu
Tabahkan hati kami dalam menerima ujian dariMu
Jadikanlah anak-anak kami hamba yang taat dan beriman dan anak yang soleh
Jadikanlah kami ibu bapa yang baik bagi membimbing anak-anak kami
Ya Allah Ya Rabbi Ya Karim
Murahkanlah rezeki kami, Mudahkanlah perjalanan hidup kami di dunia dan akhirat…
Matikanlah kami dalam agama Islam
Teguhkan hati kami dalam agama Islam dan janganlah kau tarik nikmat Islam di dalam hidup kami
Ya Allah Ya Rahman
Limpahkan kasih sayang dan keberkatan di dalam keluargaku
Sayangilah aku, ampunilah aku, lindungilah aku
Hanya kepadaMu tempat aku bermohon dan mengadu
Makbulkanlah doaku ini
Amin……..

***Bacalah bersungguh2 setiap kali selepas solat.

Friday 5 April 2013

Sapa cakap pakai Cloth Diaper anak kengkang?

Salam 1 Malaysia...
Cett..tengah semangat nak mengundi la katakan..hhhahaa
Jasmin baru first time nak mengundi tau...
Erm choppppp!!!
Lari topik la pulak...
Since ramai yang tanya..
so Jasmin nak cakap pon tak gheti tau...
soalannya:
Kalau baby pakai CLOTH DIAPERS, jalan nanti mesti kengkang kan...
Opsss...SALAH BESAR tau...
Seperti yang Jasmin pernah upkan post pasal CLOTH DIAPERS....
since Firas dalam hari lagi sampaila sekarang...
Alhamdulillah...setakat nie memang Jasmin nampak Firas berjalan ok jer...
Biasalah kalau budak baru belajar berjalan..
mesti ade terkengkang-kengkang cikit...
Almaklumlah baby baru nak belajar tuk mengimbangi badan kan...
Sape kat cini yang baby die leh jalan terus tanpa kengkang-kengkang masa baru nak berjalan?
Bagitau Jasmin...
Excited jugak kalau ade baby yang terus expert berjalan tanpa perlu bersusah payah nak belajar imbang badan....
Even sekarang pon, Firas masih lagi belajar imbang badan tapi imbang badan tuk BERLARI!!!!
PITAM mama sayang ooiii!!!!
pantang jumpa handfon!!!