Monday 30 July 2012

Perempuan ker?

Salam Ramadhan sumer..
mesti sekarang nie tengah meluap-luap nak beli baju raya, hias rumah kan...
ahaks...(jasmin ler tue)

Kali nie Jasmin nak cerita pasal anak lagi..
tak abis-habis citer pasal anak jer...
Hehehe...

Dari lahir sampailah sekarang nie..
naperlah sumer cakap anak Jasmin macam PEREMPUAN...

Kalau gie Mall ker tempat makan ker atau kat maner2 sekali pon...
orang mesti cakap...
"PEREMPUAN ker"
Dengan sepantas kilat Jasmin akan cakap "LELAKI lor"

Pastue feedback dari ramai orang:-
1. Lor lelaki ker...ingatkan perempuan.
2. Owh lelaki....
3. Saya pk perempuan..ramah sangat.

Dusssshhhh............

Firas memang ramah sangat-sangat ok...
sampaikan sumer orang yang tegur akan dibalas dengan satu senyuman yang paling manis dan GEDIK....

aha..takut tau sumer orang tengok Firas mesti nak dokong...
kalau sekali xper juga nie berkali-kali..
Berderau darah tau..manelah tahu nanti dier kidnap anak Jasmin...haru tau..
(aduh pk bukan-bukan lak)
Yelah zaman sekarang bukan leh main-main okey...

Jasmin pk kan hanya orang luar yang tak tahu jer cakap anak Jasmin macam perempuan..\
MIL pon samer juga...
siap cakap kening, mata, mulut, pipi macam perempuan...
Lor anak Jasmin of course la ikut Jasmin kan..(hahahaha sejuk ati tau)

Tak kisahla ko nak cakap ape pon..tapi anak Jasmin memang LELAKI SEJATI ok...
Korang tengokla sendiri ader ker muker perempuan??

Nie maser baru pas cukur-around 2 minggu

Mase nie umur Firas baru masuk 2 bulan
Firas with his mama-2.5months



Nie dah 3 bulan

Firas 4 bulan

Firas 4.5 bulan...

Cuba bagitau rupa lelaki kan....tul x?

Thursday 26 July 2012

RAMADHAN- 1st Day Pose

Salam sume....
Lamanyer Jasmin x tulis blog nie kan...
Entahlah rase malas jer sejak akhir-akhir nie...

SELAMAT BERPUASA yerk...

Banyak juga dugaan Jasmin mase nak start pose...

Ceritanyer begini....
malam Jumaat tue Jasmin dah dapat rase badan sejuk sangat-sangat...
Jasmin terpikir tak kanlah demam....
so  malam tue jugak lah Jasmin selubungkan diri sampai berpeluh-peluh...
Insyaalah dengan harapan demam boleh kebah sebelum berjangkit kat baby Firas.

Nak dijadikan cite, siang tue mmg demam jasmin dah menunjukkan tanda positif...
suhu pon 37 cel jer...(org cakap dedau-nak menghampiri demam)

Tapi lain lak jadinyer...
My baby lak terkene penyakit demam nie..
mula-mula suhu baru jer 36.8 cel...

Pagi Jumaat tue terus cecah 37.5 cel.
Ape lagi memang terus berdesup gie klinik lah...
Sampai jer klinik mmg ramai baby dan budak-budak yang demam...

Sampai jer giliran jumper doktor..
Suhu Firas dah cecah 39 cel...( Ya Allah sedihnyer maser nie) 

Orang kate kalau mama dier demam akan effect pada baby yang BF 

Waaa...Cedihnyer...anak mama. 
Jumaat malam tue Firas tdo sgt2 tidak nyenyak...
setiap jam mengenget jer....
hati ibu mana yang tak sedih...

Sabtu tue Jasmin tekad pakaikan Firas pampers jer..
pastue lap seluruh badan Firas..kalau kering Jasmin lap lagi..
Sampaikan satu tahap Jasmin berdoa supaya sihatkan Firas dan biar Jasmin jer yang tanggung demam Firas..

Firas demam-demam pon kaki still bertongkat...
Kuasa Allah tak siapa tahu kan...
Petang dalam kul 2 camtue..Alhamdulillah demam Firas kebah.
Tapi Jasmin lak tergolek kat katil kerna demam panas..suhu dah cecah 39 cel.
Tak perla asalkan anak mama dah sihat.
Demam-demam pon Jasmin puasa full ok...

sehingga ke hari ini..Jasmin dah tak sanggup lagi nak tempuh dugaan macam nie..
Biarla Jasmin tanggung segala penyakit Firas..
Jauhkanlah Firas dari sebarang penyakit..
AMIN.....

Sunday 8 July 2012

Panduan Mendidik Anak Mengikut Islam

PANDUAN UTK DIRI SENDIRI..TAK SUKA MARAH ANK..SEMUA PARENTS PN X SUKE..
GENTLE REMINDER FOR US..


1) Jangan pukul anak dari lutut keatas

2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

Sabda Rasulullah s.a.w.

“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Monday 2 July 2012

BF- Cedihnyer

Alkisahnyer..

cter nie terjadi semasa Jasmin kat umah MIL lagi...
awal bulan Jun ari tue...
Jasmin xtahu pon...
Balik jer umah mak terus bgtau...

Susu dalam peti Ais tue macam dah xleh pakai jer....
Hah kau..terkejuz beruk mak aii...
bukak2 peti ais terus tgok...

Ya Allah...sedihnyer hati...
Cakap ngan mak camner leh jadi cam tue?
mak cakap peti ais tak tutup rapat...
mak pon sedar2 dah susu jadi macam tue...

xperla..Jasmin pasrahkan hati kali nie....
Maybe ader hikmah disebaliknyer...

nie la susu yang terbuang tue....

Kalu nampak susu tue dah jd 2 layer....bau xyah cakapla. Macam santan basi pon ader..
Terbuang dalam 70 oz...Alahai menangis tak berlagu..

Ya Allah...semoga cita-cita Jasmin nak susukan baby Firas selama 2 tahun termakbul..AMIN


BF- Posisi yang Betul ketika BF

Salam dear...
Kali nie Jasmin nak update cter pasal berbf lg nie..
wah semangat tak ingat kan..
Ye la susu ibu saper yang xsuke kalau baby minum..
hihihihi.....suke-suke... (*_*)

Kalau la nak cter pasal ber-BF nie mmg xkan abis kan..
Jasmin nak kongsi 1 gambar nie...
Cara ber-BF
Cara Jasmin yang suke buat masa sekarang bie ialah yamg bawah skali tue LYING DOWN..

Memandangkan Firas dah berumur 5month kan..
Jasmin lagi selesa psusukan baby sambil baring, baby terus jer tdo kan...
(tapi kadang2 terpaksa bergusti ngan baby dulu baru nak df..seksanyer....)

mommies sumer camner lak cara nak susukan baby masing-masing?



BF at first time

Wow...lamer gler tak berblog nie kan...

Kali nie Jasmin berkesempatan nak cter pasal pengalaman Jasmin berBFkan Muhammad Firas Muslim...

Pada suatu hari...
(Ish kan dah merepek)
Jasmin nak cter sejak pas bersalinkan my baby Firas,
Jasmin xgheti nak df kan my baby...
(Lagi2 bersalin kat private hospital kann)
Bler baby antar kat katil Jasmin pandang hubby, hubby pandang Jasmin..
Sambil tenung menenung...ahahahha

Last2 hubby pegang la baby tue bagi kat Jasmin..
Seyes mmg kekok tersangat2..

nampak x betapa kekoknyer Jasmin

Hubby tanyer: dah susukan baby x?
Jasmin (blur): mcm maner nie...xghetila....susu pon xder..

Last2 nurse pon datang cakap xper dik, pasnie balik umah urut ek brest awak..mesti ader nnt...

Ya Allah hanye kau saja tahu perasaan Jasmin maser tue...
sambil terpk aku x mampu nak susukan anak sendiri ker?

Pastue balik umah urut 3 hari...Alhamdulillah mmg susu kuar tapi baby lak confius nk susu ibu ngan botol...
Selama seminggu gak la Jasmin train ngan pertolongan mak..
Alhamdulillah akhirnya Firas berjaya minum susu ibu.

Tapi cabaran yang amat hebat berlaku..
nak tahu?
Setiap kali pas baby susu..ya Allah betapa sakitnyer putingku ini..
Seyes bler kene air jer mata nie mesti nak berair (pedih kau)

Lama2 dan berkat kesabaran Jasmin berjaya juga bagi baby susu dengan betul....
ALHAMDULILLAH..
Jasmin berazam nak susu kan baby sampai umur Firas 2 tahun...
Doa-doakan k..