Friday 17 June 2016

PUASA DAN BREASTFEED.


Hari nie dah hari ke-12 berpuasa kan..
Jasmin nak bercerita pengalaman menyusukan 2 orang anak yang berusia 2 tahun 4bulan serta baby yang berumur 6 bulan

HARI PERTAMA

Sebelum tiba hari berpuasa tue Jasmin nekad kalau boleh nak berpuasa penuh, 
Insyaallah kalau susu tak drop dan badan pon tak menggigil..

Masa bersahur, of couse la Jasmin wajib amik nasi.
Maklumlah sahur manelah selera sangat nak makan kan...just telan jer...
Tapi air masak memang amik banyak tapi tak leh habiskan sampai 2 liter pon.

(selalunyer setiap hari Jasmin wajib amik 3 liter dan lebih air masak sahaja)

Dalam kul 10 pagi tue, Jasmin dan start haus....
Almaklumlah...badan baru nak terima tindak balas kan...
Nasib baik Johor cuti masa nie.
So, Jasmin sempat pump pas sahur jer.

Pastue Jasmin minta tolong kat Mr hubby tolong jagakan Firas dan Firzana sebab Jasmin dah tak larat.
Ingatkan kat diri jangan tgok jam sangat.

Kul 6 petang badan betul-betul dah takde tenaga, but still bertahan.
Tinggal 1 jam lagikan..kalau tak rugi wooo.

Last-last mase berbuke tue Jasmin hentam air masak kosong 5 gelas...dalam kul 8 barulah makan nasi...

 
HARI KEDUA

Sama macam hari pertama cuma waktu nie Jasmin dah bekerja.
Setiap kali pump pon susu kurang 1-2oz...
Xperlah positifkan diri dan cari alternatif lain lak...
Masih mencari-cari jalan penyelesaian untuk susu drop dan mengekalkan tenaga.

HARI KETIGA

Alhamdulillah, kali nie badan cergas sedikit berbanding 2 hari yang lalu.
Jasmin pon mencuba berubahkan jadual mengepam...

JADUAL PUMP JASMIN TERKINI DI BULAN RAMADHAN:

Sesi Pertama: 5.30am (sesudah sahur)
Sesi Ke-2: 9.00am      
Sesi ke-3: 12.00pm   
Sesi ke-4: 3.00pm
Sesi ke-5: 6.00pm
Sesi ke-6: 10pm (sebelum tidur sambil bf baby2) 

Terpaksa banyakkan sesi mengepum untuk mencukupkan demand anak-anak Jasmin.

Macam biasa asal kul 6 petang jer Jasmin akan melepek...hahahaha...
Bukan lapar tau tapi haus sangat-sangat.

HARI KEDUA BELAS

Alhamdulillah, still bertabah umtuk berpuasa lagi...
insyaallah semoga Jasmin berpuasa penuh untuk tahun nie juga...

jasmin belanja gambar anak-anak bijak nie....

oklah, Jasmin nak sambung kerja balik...tadaaa