Wednesday 30 June 2010

Treadmill..i'm coming



Lamernyer Jasmin xupdate blog nie..
penatla katekan...
sebenarnya Jasmin nk cter...
ari tue Jasmin ader ckp nk g Nilai kn..kan..kan..
Jasmin nk amik treadmill kat umah sepupu Jasmin di Kota Seri mas, Nilai..

Tada...

hehehe...matlamat utama nk kuruskan badan sebelum menjelang hari bahagia x lamer lg...
Cayok Jasmin...
Yakin leh nyer...
sasaran Jasmin 48kg....

Friday 25 June 2010

Makan bola+ tdo bola

Mentang-mentangla WC 2 tahun skali....ramai gler orang ka kedai yang ader skrin besar2...
Lg2 kedai mamak....
so, if nak lepak2 kat mamak pastikan pergi awal sebelum perlawanan bermula..
Nie adalah berdasarkan pengalaman td....
FuHH bernasib baiklah Jasmin dtg agak awalla dlm 15minit sblm perlawanan....

Untung mamak2 nie mase WC....tp Jasmin tgo ramai yg lepak2 just minum air+ roti jer...
Tp dpt juga menjana income kan...◕‿◕

Esok awal2 pg lagi Jasmin n chinta ati nak g Nilai....
Jalan2 sambil ambil barang...
barang per...hihiihi...esok Jasmin cter k...

ISh....xsabonyer nk g esok...
tunggu yerk....

Friday 11 June 2010

Merancang majlis perkahwinan

Bukan senang nak berkawin rupanya! Banyak betul perkara2 yang anda kena ambik tau semasa merancang sesuatu majlis perkahwinan. Jika korang tak mau memeningkan kepala, apa kata upah wedding planner jer…:-) Walaupun begitu, anda tetap kena tau sikit sebanyak tentang apa yang perlu dibuat sebelum tibanya hari bersejarah itu! Jom tengok list di bawah nie…

1. Daftar kursus kawin

2. Set tarikh (nikah dan sanding)

3. Lengkapkan borang dan dokumen berkaitan

4. Pilih tema majlis kahwin

5. Buat medical check-up (HIV)

6. Beli barang2 hantaran

7. Beli souvenir dan bunga telur

8. Beli alat2 untuk gubahan barang hantaran

9. Tempah juru nikah atau tok kadi

10. Senaraikan tetamu yang nak dijemput

11. Tempah kad jemputan

12. Gubah barang2 hantaran

13. Tempah pelamin

14. Book juru solek atau mak andam

15. Pilih busana pengantin

16. Tempah khemah, kerusi dan meja (mungkin sekali dengan pinggan mangkuk dan kelengkapan yang lain)

17. Tempah juru kamera dan/atau juru video

18. Beli barang2 untuk kenduri kawin (beras, daging, ayam dll) – atau pakai jer khidmat catering kalau tak nak peningkan kepale korang yang dah pusing tue…

19. Hiasan meja makan beradap (sekali dengan menu hidangan)

20. Hiburan (kompang ke, silat gayung ker, marhaban, tarian dll.)

21. Membuat banting atau signage (jika berkaitan)

Aduh...pening kepale Jasmin dibuatnyer...dtambah lg Jasmin tgah belajar skrag...

Hope, perancangan Jasmin berjalan dengan lancar..

Insyaallah


Jalan2 sampai Manjalara

Jasmin sebenarnyer dah lamer nk tgok Zul n Fenasnyer baby...
Tunggu punyer tunggu...
Akhirnyer bersama ngan chinta ati pergilah ke manjalara...
Name baby dieorg Nur Faiqah Dayana.

comel x? ❤ ❤ ❤
Like father like daughter...huhuhu
Mase nie baby Faiqah baru cukur jambulla...

Mase bual2 ngan Fenas, tanyerla juga mcm maner perasaan dier mase kat labour room...
Dier ckp biase jer..just sakit 5 minit...
Jasmin terpk juga xkan sakit 5 minit jer...
Owh! rupe2nyer selang 5 minit pas2 sakit balik..
Ish2 sesungguhnyer sungguh besar kekuasaan ALLAH S.A.W dlm ciptaan manusia kan...◕‿◕

Jasmin pon xsabo juga nak ader baby sendiri..
Tp chinta ati Jasmin ckp dier nak ajar baby dier menyanyi n main badminton..
Klu lagu besh2 xper juga tp lagu entah ape2 ntah...
pening gak memikirnyer..
Nasib badan la, Jasmin....◕‿◕

Thursday 10 June 2010

Penatnyer...

Rase macam malas jer nk bangun pagi td...
Almaklumlah...semalam dating sampai kul 1a.m.

Sepatutnyer pg2 lg Jasmin dah gerak ke TNB Wisma Bintang.
Dr semlm asyik setting GPS, xjumper2 TNB Wisma Bintang nie..
Yg ader TNB PJ, Jln Timur n TNB Bangsar...
Nak xnak terpakselah pergi gie gak coz dah janji ngan En. Hairuddin nk dtg.

Sampai jer kt PJ, mmg jumperla TNB, tp bukan TNB Wisma Bintang.
huhuhu Cedihnyer..
Last2 En. Hairuddin call ckp dier dtg cari Jasmin..
malunyer Jasmin tp nasib baiklah En. Hairuddin nie mmg baik orgnyer..huhuhu

Wateverpon, terime kasihla banyak2 coz bg pinjam buku...
Nnt Jasmin pulangkan balik ek...

Wednesday 9 June 2010

Strategi dlm merancang perkahwinan

kat cnie, Jasmin nak la kongsi ape2 yang berkaitan dalam perkahwinan.
Jasmin terjumpelah satu bahan dr majalah lame2 n masih sesuai lagi di guna pakai...
So, leh la juga djadikan panduan pada mase akan datang..

1) Tetapkan tarikh

Sebelum membuat apa jua perancangan, tarikh nikah hendaklah ditetapkan awal2. Seelok-eloknya, tarikh ditetapkan at least 6 bulan sebelum majlis berlangsung.Ini bagi memberikan masa yg cukup untuk merancang.


2) Kursus kawin

Setiap pasangan yang nak kawin, wajib mengikuti kursus kawin. Sebaik-baiknya selepas dah set tarikh nikah, terus daftar jer untuk kursus kawin yang biasanya hanya berlangsung 2 hari sajer. Dan klu xsilap hargenyer dalam RM80.

(Jasmin bernasib baik coz UNITEN wajibkan amik kursus kawin. Selamat!!)


3) Tentukan konsep majlis

Bincang dengan pasangan bagi mendapat ilham konsep perkahwinan sama ada exclusive, modern atau traditional. Tetapkan jugak lokasi di mana korang ingin majlis diadakan sama ada di rumah sendiri, dewan, taman, hotel atau tempat2 lain yg seangkatan dgnnya.


4) Buat bajet perkahwinan

Cara terbaik untuk buat bajet atau perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan membuat list. Listkan segala bende2 yang perlu dibuat seblum majlis berlangsung. Kemudian tuliskan bajet untuk setiap perkara yg ditulis tue bagi mendapatkan anggaran jumlah bajet secara keseluruhan.


5) Buat senarai jemputan

Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput supaya senang korang nak tempah kad kahwin nanti. Selain tue, dengan adanya list nie, korang bleh tau sebesar atau semeriah mana majlis perkahwinan korang nanti.


6) Pilih pakej perkahwinan

Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej perkahwinan yang sesuai. Sebabnya kalau tempah lewat2, semua pakej yang lawa2 dan berpatutan mungkin dah abis ditempah orang (lebih2 lagi kalu majlis dibuat masa cuti sekolah). Biasanya, pakej kawin nie akan termasuk sekali pelamin, baju pengantin, hiasan kamar pengantin, pintu gerbang, make-up, fotografi n mcm2 lg....


7) Tempah kad

Setelah siap buat list jemputan, korang kena lah tempah kad jemputan kawin pulak. Biasanya kira-kira dalam 2 bulan sebelum majlis diadakan, korang dah bleh tempah kad kawin nie. Jangan tunggu last2 minute, sbb nnt kot tak sempat nak hantar kad pulak.


8) Shopping untuk barang2 hantaran

Barang2 untuk hantaran kawin nie better dibeli masa tengah ada sale. Barang2 yg tahan lama spt kasut, handbag dsb. boleh dibeli awl2 lagi. Alang2 tue, belilah skali alat2 untuk buat gubahan hantaran. Nie jika korang gubah barang2 hantaran tue sendiri la…Jimat masa sket, ye tak?

(nie bagus bagus utk menjimatkan belanjer dlam majlis)


9) Memilih cincin

Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. So, pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum majlis berlangsung.

(Tp Jasmin dah ader 2 cincin-cincin merisik n tunang. Jd Jasmin nak la barang lain lak mcm rantai ker, gelang tangan ker...haha....Demandla pulak)


10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama

Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan semer urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis.


11) Hantar kad jemputan

Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis perkawinan korang nanti. Kad jemputan nie elokla dihantar 1 bulan atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan lupe pulak!! IMPORTANT TAU


12) Tempah khidmat katering/tukang masak

Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat katering atau tukang masak untuk kenduri kawin korang. Ini bagi memberi masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras, rempah, daging dsb…


13) Tempah pakej canopy

Pakej canopy jugak perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb. lagi.


14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap

Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2 lagi.


15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.

Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera man, caterer (kalau guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Nie penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis perkahwinan korang nanti.


16) Hari berlangsungnya majlis!

Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah di majlis bahagia korang nie. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan panik. Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan sempurna!

Harap2 Jasmin leh la bersiap sedia dr sekarang..huhuhu

bukan per, skrg nie yg penting dulu kene kuruskan badan...ahahhaha

cayok2..Jasmin mesti leh punyer...

Cedih + Heppy...

Tak tahulah nk cter yang maner dulu....
cter cedih dulu ker; cter heppy dulu...
selalunyer mesti nk tahu yg cedih dulu kan...kan..


Sepanjang 6 tahun kat UNITEN nie, Jasmin xpernah nk guner coin washine machine...
kononyer td nak la try2 guner..
Pas masukkan 'confeter' kat dlm machine...isi la duit.
Isi punyer isi..asallah xcukup2.
penat gak nak naik tangga. Aderla dalam 8x turun naik tangga. Peh!!! punyerla penat gler...
Tibe-tibe teringatla nk tgok kat screen machine tue..
Sah!!! Ruper2nyer 50sen=20 sen...
Punyerla benggang maser tue. Ish2 hanyer tuhan yang tahu..
sabar banyak2 Jasmin...


Cter heppy lak...
Hari nie last day final exam for special semester...
Td paper EIS (Engineering In Society)...
Mmg Luck la td coz ader buat pas2 paper...
Skali mmg tul2 sejibik kuar soalan sem lepas.
Thankz tue GIE coz bagi paper sem lepas.....
Dalam mase setengah jam jer ciap 20 soalan...hahaha
Bukan Jasmin sorang jer..ramai jugak yg kuar awal dr Jasmin. ◕‿◕

Sekian sahaja lah cter sayer setakat nie...

Wednesday 2 June 2010

Last Class for Special Sem...cadihnyer ☹

Ari nie last kelas Principle of Management dengan Pn. Kamariah@ Pn. K...

Jasmin suke sangat masuk kelas nie coz Pn. K very supporting n very talented.
Pn. K anggap kiteorg mcm kawan2 jer....
so, tak terase langsung tension even if banyak quiz n assigment....
( nie disebabkn hanya 7 minggu n kene cover 18 chapter) BAYANGKANLAH...
Setelah 6 tahun belajar, inilah kelas yang paling terbaik n paling besh skali....

Jasmin nak bg 10 bintang kepada Pn. Kamariah....

✮✮✮✮✮✮✮✮✮✮

Hope bler Jasmin dah keje kelak, Jasmin akan menggunakan segala ilmu yang Pn.K berikan dan dipraktikkan dalam kehidupan seharian...

Pn. K juga banyak memberikan nasihat bagaikan seorang emak kepada anak2nyer....

Terharu sangat ◕‿◕


Jasmin pon berharap agar Pn. K memaafkan Jasmin dr hujung rambut sampai hujung kaki dan minta dihalalkan segala ilmu yang Pn. K bg kat Jasmin..


Miss u Pn. K ♥ ♥ ♥
Hope Allah may bless u

Tuesday 1 June 2010

Akhirnyer......

wah....akhirnyer berjaya juga Jasmin buat blog nie.
nie adalah pengaruh daripada Rina n Gie (housemate sem lepas)

Tetibe rase rindu la pulak kat diorg (~_~)

Miss U Dear (",)