Friday, August 27, 2010

Katil kayu vs katil moden

Aduh...memandangkan lagi beberapa bulan jer nk adakan kenduri besar...
n sekarang tgah banyak sale tuk perabut...
Family Jasmin excited nk tgok perabut tuk di isi dalam bakal bilik kiteorang...Huhuhu...mase dalam kedai tue mmg rambang mate dibuatnye...Last mak cakap..."mak nak perabut kayu tahan lama...n yang penting tahan kalau banjir"
ayah lak cakap" ayah lagi suka yang moden....cantik, kontemporari, n nice sangat"Lor...mcm mane nie...2-2 lain pendapat...xperlah..meh kita layan gambar...
nie jenis-jenis katil kayu....mmg cantik tp harganyer......wow!!! x terkata....nie pilak jenis-jenis katil moden.....harganyer separuh dr katil kayu...cheaper...


P/S: Mane satu yang menjadi idaman hati Jasmin?????

Thursday, August 26, 2010

Seronoknyer ari nie.....

Lamernyer Jasmin tak tulis blog....
maklumlah sibuk ngan pindah umah, buat draft thesis, n test...

Memandangkan test td abis kul 4.30pm, Jasmin cepat2 g Admin tuk jumper Dr. Qisti
Dr. Qisti nie supervisor project FYP...
Tadi Jasmin ngan housemate g jalan-jalan sambil berbuka puase....
kiterorang g ALAMANDA PUTRAJAYA....

Kiteorg gerak dlm kul 5.30pm..tapi disebabkan jalan sesak...
so take time gak ...
sampai2 jer sumer kedai yang jual mknan dah penuh ngan reserve...
Ish...mane aci....
Last2 kiteog gie kat cni....n nielah makanan kami...
Peh...kenyang x terkira....
Past makan aper lg....cuci mata...

Dalam kul 9.45pm kiteorg bertolak balik tp singgah dulu kat Kg. Abu Bakar Baginda...
Beli kasut tuk raya...
hihihi...murah jer RM10 pas discaun 70%....

Hihi...save budget......
Oklah sampai sini jer coleteh Jasmin.....

Monday, August 23, 2010

YA Allah...tabahkan lah hatiku ini dengan ujian mu...

Ya Allah, niat aku murni.....nak jauhkan kawan2 aku daripada bergaduh....
tapi nie yang aku dapat, aku pulak di jadikan punca masalah ini....

Ya Allah, Kuatkanlah aku menempuh ari esok....
nie ker yang dikatakan kawan,
cakap belakang. kutuk aku...
semoga Allah mengampuni dosa dia...

mcm nie ker dikatakan kawan???

Sunday, August 22, 2010

Dipersimpangan delima....

Aduh xabis- abis lagi....
masalah.....masalah.....masalah....
kali nie Jasmin terperangkap masalah diantara kawan-kawan Jasmin....
mcm berada ditengah-tgah....
seorang kawan mmg 1 rumah kire housemate...seorang lagi classmate....
klu nk tahu cter lanjut leh g ke entry nie....

Disebabkab perselisihan faham housemate Jasmin pulak ckp Jasmin lebih jaga dier...
lor..mcm mane nie..
serabut kepale...

Atas nasihat chinta ati Jasmin,
buat bodoh jer n jgn masuk campur lagi...
buat macam biase jer....

okies...Jasmin akan gunakan kate2 perangsang nie....

"hidup x selalunyer indah, Langit x selalunyer cerah"

Cewah......mantop x Jasmin berbahasa pujangga nie...huhuhu.....

Friday, August 20, 2010

Pelik ker?

Ermmm pelik ker kalau Jasmin selalu balik kampung?
Leh dikatekan setiap minggu Jasmin balik Muar....
Bukan jauh sangat pon...
dalam 2 jam setengah jer dr UNITEN ker Muar...
Jasmin pon bawa kete standard jer 110 km/hrs...
ok lah kan.....
standard...

Soalan yang selalu kawan2 Jasmin tanyer:

1. ko sem nie x dpt duit YTN kan..
(YTN= Yayasan Tenaga Nasional)

Jawapan: aha....naper? YTN dah xsponsor aku lg...dah 3 tahun aku blajar...skrg sponsor makan minum aku ayah aku...

2. mcm mane duit minyak kete?

Jawapan: ayah aku bagi kad kredit..guner jer la..

3. tol pulak?

Jawapan: ayah aku bagi kad touch n go maybank...means klu duit kurang dr rm50....automatik maybank reload dr akaun bank ayah aku...

4. x penat ker asyik balik jer?

Jawapan: lagi suke balik coz chinta ati Jasmin kat Muar gak...

5. Macam maner study?

Jawapan: ok jer...klu xsempat bawa balik umah...study kat umah la....huhuhu


P/s: banyak gler penggorbanan ayah Jasmin nak pastikan keperluan Jasmin cukup...
Thankz ayah n love u....

Wednesday, August 18, 2010

Sampai nak kene bunuh!!!!

Ish..kejamnyer tajuk hari nie kan...
Kejadian nie laku kat kawan Jasmin....
Jasmin x tahulah aper kene ngan 'ex-bf' kawan Jasmin nie....
Sampai dah sasau ker...gler ker....nk 'bunuh' kawan Jasmin nie bekas ex-gurl dier dulu...
Aduih...dunia-dunia.....

Sekarang nie ramai polis tgah cari dier atas kesalahan yang membahayakan negara kita nie...
( kes nyer x leh dibertahu k)
Pastue pulak nk ugut2 kawan Jasmin nie....
Cian sangat kat dier....
Walaupon polis ader tapi xkan la polis nak awasi 24jam kan....

"Jasmin arap kawan Jasmin akan selalu berwaspada n jaga diri dier....
Semoga Allah S.W.T sentisa bersama-sama orang yang benar dan melindungi kawan Jasmin tue...hope kawan Jasmin akan menemui kebahagiaan selepas ape yang dier lalui semua ini....AMIN...."



Tuesday, August 17, 2010

Patut ker???

Jasmin x fahamlah naperlah manusia nie selalu sangat nak sakit kan hati Jasmin???
Jasmin cumer nak kan kepastian kenapa dan mengapa...
so, solution Jasmin cakap sendiri dengan orang tue supaya tidak berlaku kekeliruan...
( Jasmin lagi suke bersemuka kalau ader benda yang kiter x faham n kiter rase kiter kene fahamkan)
Tapi ble Jasmin bgtau kawan Jasmin yang sorang nie....
Dier terima tetapi bler cter pasal kawan dier sorang nie...
Dier xleh terima?
Naper???
Naperlah dier asyik nak back up kawan dier yg sorang nie.....
Aduih.....
Klu kawan dier yang sorang nie bagi nasihat xper la juga....
nie siap leh kutuk2 lagi...
klu kutuk yang si pelaku xper la juga...
siap kutuk anak2 dier skali...
berdarah jer telinga Jasmin dengar...

Xpatut kan.....
so, sekarang nie Jasmin diam lagi bagus memandangkan bulan pose nie....
banyak2 kan lah bertaubat...

p/s: Nasihat nie tuk diri Jasmin n semua kawan2 Jasmin...
Kiter tidak boleh nak puaskan hati orang lain, so kiter buat jer aper yang kiter pikirkan betul dan berlandaskan agama Islam....

Fadhilat solat Terawikh

Diriwayatkan oleh Saiyidina Ali (r.a.) daripada Rasulullah S.A.W., sebagai jawapan dari pertanyaan sahabat-sahabat
Nabi S.A.W. tentang fadilat (kelebihan) sembahyang sunat terawih pada bulan Ramadan :

Malam 1 - Keluar dosa-dosa orang mukmin pada malam pertama sepertimana ia baru dilahirkan, mendapat keampunan dari Allah.

Malam 2 - Diampunkan dosa-dosa orang mukmin yang sembahyang terawih serta kedua ibubapanya (sekiranya mereka orang beriman).

Malam 3 - Berseru Malaikat di bawah ‘Arasy supaya kami meneruskan sembahyang terawih terus menerus semoga Allah mengampunkan dosa engkau.

Malam 4 - Memperolehi pahala ia sebagaimana pahala orang-orang yang membaca kitab-kitab Taurat, Zabur, Injil dan Al-Quran.

Malam 5 - Allah kurniakan baginya pahala seumpama orang sembahyang di Masjidilharam, Masjid Madinah(Masjid Nabawi) dan Masjidil Aqsa.

Malam 6 - Allah kurniakan pahala kepadanya pahala Malaikat-malaikat yang tawaf di Baitul Ma’mur (70 ribu Malaikat sekali tawaf), serta setiap batu-batu dan tanah-tanah mendoakan supaya Allah mengampunkan dosa-dosa orang yang mengerjakan sembahyang terawih pada malam ini.

Malam 7 - Seolah-olah ia dapat bertemu dengan Nabi Musa serta menolong Nabi ‘Alaihissalam nenentang musuh ketatnya Fir’aun dan Hamman.

Malam 8 - Allah mengurniakan pahala orang sembahyang terawih sepertimana yang telah dikurniakan kepada Nabi Allah Ibrahim ‘Alaihissalam.

Malam 9 - Allah kurniakan pahala dan dinaikkan mutu ibadat hambanya seperti Nabi Muhammad S.A.W.

Malam 10 - Allah Subhanahuwata’ala mengurniakan kepadanya kebaikan di dunia dan di akhirat.

Malam 11 - Keluar ia daripada dunia (mati) bersih daripada dosa seperti ia baharu dilahirkan.

Malam 12 - Datang ia pada hari Qiamat dengan muka yang bercahaya (cahaya ibadatnya).

Malam 13 - Datang ia pada hari Qiamat dalam aman sentosa daripada tiap-tiap kejahatan dan keburukan.

Malam 14 - datang Malaikat menyaksikan ia bersembahyang terawih, serta Allah tiada menyesatkannya pada hari Qiamat.

Malam 15 - Semua Malaikat yang menanggung ‘Arasy, Kursi, berselawat dan mendoakannya supaya Allah mengampunkannya.

Malam 16 - Allah subhanahuwata’ala tuliskan baginya terlepas daripada neraka dan dimasukkan ke dalam Syurga.

Malam 17 - Allah kurniakan orang yang berterawih pahalanya pada malam ini sebanyak pahala Nabi-Nabi.

Malam 18 - Seru Malaikat : Hai hamba Allah sesungguhnya Allah telah redha kepada engkau dan ibubapa engkau (yang masih hidup atau mati).

Malam 19 - Allah Subhanahuwata’ala tinggikan darjatnya di dalam Syurga Firdaus.

Malam 20- Allah kurniakan kepadanya pahala sekelian orang yang mati syahid dan orang-orang solihin.

Malam 21 - Allah binakan sebuah istana dalam Syurga daripada nur.

Malam 22 - Datang ia pada hari Qiamat aman daripada tiap-tiap dukacita dan kerisauan (tidaklah dalam keadaan huruhara di Padang Masyar).

Malam 23 - Allah Subhanahuwataala binakan kepadanya sebuah bandar di dalam Syurga daripada nur.

Malam 24 - Allah buka peluang 24 doa yang mustajab bagi orang berterawih malam ini, (elok sekali berdoa ketika dalam sujud).

Malam 25 - Allah Taala angkatkan daripada siksa kubur.

Malam 26 - Allah kurniakan kepada orang berterawih pahala pada malam ini seumpama 40 tahun ibadat.

Malam 27 - Allah kurniakan orang berterawih pada malam ini ketangkasan melintas atas titian Sirotolmustaqim seperti kilat menyambar.

Malam 28 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 darjat di akhirat.

Malam 29 - Allah Subhanahuwataala kurniakan kepadanya pahala 1000 kali haji yang mabrur.

Malam 30 - Allah Subhanahuwataala beri penghormatan kepada orang berterawih pada malam terakhir ini yang teristimewa sekali, lalu berfirman:

Nota kaki: Peringatan kepada diri Jasmin sendiri dan juga kepada kawan2 Jasmin...moga segala amalan kita sepanjang bulan Ramadhan nie mendapat keberkatan dan hidayah...
Amin....

Wednesday, August 11, 2010

43 Pantang Larang Bakal Pengantin

Jasmin cari benda lain kat mr.google...
tetibe jumpe nie....
aisey man...banyaknyer pantang larang nie...
mampu ker Jasmin ikut?
lagi2 x jumper 40 hari....

Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang
jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.

  1. Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk
    mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal
    nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul
    akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri.
  2. Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama
    baik keluarga.
  3. Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang
    mempunyai niat tidak baik.
  4. Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin
    bagi mengelakkan perut buncit.
  5. Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
  6. Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari
    perkara sihir.
  7. Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam
    sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks.
  8. Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan
    boleh menyebabkan kencing manis.
  9. Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,
    lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama.
  10. Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
  11. Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
  12. Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan
    tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak
    mengalir.
  13. Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak
    toksid.
  14. Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin
    mempunyai tenaga.
  15. Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan
    lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga.
  16. Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.
  17. Belajar ilmu rumahtangga daripada org yang berpengalaman dan sudah berkahwin
    tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai.
  18. Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
  19. Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
  20. Elakkan minum minuman keras dan merokok.
  21. Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
    berseri pada hari perkahwinan.
  22. Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
  23. Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
  24. Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa
    mengingati Allah.
  25. Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
    stabil.
  26. Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
  27. Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
  28. Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum
    ijabkabul.
  29. Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
  30. Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk
    menghangatkan lagi kemesraan.
  31. Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
    keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang.
  32. Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan
    berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi.
  33. Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
  34. Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung,
    bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar.
  35. Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
  36. Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
    pengantin kerana tidak manis.
  37. Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi
    mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung.
  38. Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
    dikhuatiri hilang seri.
  39. Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis
    dipandang tetamu.
  40. Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
  41. Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan
    seri wajah buat pengantin lelaki.
  42. Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi
    buncit.
  43. Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi
    menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika
    berada diluar.
P/s: mampu ker Jasmin nak lakukan nie???

Tuesday, August 10, 2010

Episod 1




wow...Jasmin perlu turun lg 10 Kg....
Memandangkan Wedding day Jasmin lg beberape bulan....
HUHUHU...mak...camner nk kurus nie!!!!

Menjadi lumrah wanita kan kalau nak kurus...
lagi2 bler tiba wedding day...
Mesti nk nampak cantik...nampak glamor n paling penting kurus...
klu gemok mesti banyak pakaian wedding xmuat...
nak beli sendiri mahal gler...
xmampu beb....

wateverpon...cayok kepada Jasmin....
❤ ❤ ❤ ❤ ❤


Syukur Alhamdulillah kita dipanjangkan umur untuk bertemu lagi bulan Ramadan ini.


Jasmin secara peribadi ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Mulia Ramadhan Al Mubarak, dengan rendah dirinya dan hinanya Jasmin, bersama kita menginsafi dan meminta ampun dosa-dosa kita dan melebihkan amal ibadat di bulan mulia ini, semoga Allah swt membuka hati kita dan menjadikan kita manusia yang lebih patuh dan taat kepadaNya, insha-Allah.

Dengan kesempatan ini juga Jasmin ingin memohon ribuan ampun dan maaf kepada semua yg mengenali Jasmin samaada rakan biasa atau baik, rakan jauh mahupun rakan rapat, juga musuh dan juga musuh dalam selimut dan serta mungkin yang tidak berkenaan, ampunilah segala dosa Jasmin terhadap kamu semua jika ada yang memendam di hati.Marilah kita sama-sama mengeratkan silaturrahim. Kita bersaudara sesama Islam.

Selamat menjalani ibadah Puasa.

Monday, August 9, 2010

Wanita hina Johor

SENAI - Pelayar sebuah laman web sosial semalam dikejutkan dengan luahan berbaur penghinaan daripada seorang wanita terhadap negeri Johor.

Kenyataan wanita terbabit mencetuskan kemarahan rakyat negeri ini yang mahukan beliau memohon maaf secara terbuka.

Dalam laman sosial tersebut, wanita yang berasal dari Kulim itu meluahkan perasaannya pada 14 Julai dengan meletakkan status: “Ya Allah hinanya Johor Bahru nama je dekat dengan Singapura belum maju rupanya... baik aku duduk Kulim macam ni.”

Difahamkan kisah luahan itu bermula apabila wanita tersebut yang sedang hamil mencari biskut jenama terkenal di Johor Bahru, bagaimanapun tidak menemuinya.

Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Johor, Md Jais Sarday ketika mengulas kejadian ini berkata, kenyataan seperti itu tidak sepatutnya dikeluarkan, apatah lagi ia menyentuh sensitiviti negeri dan rakyat.

“Penulis ini siapa, dia tahu ke apa pembangunan yang berlaku di negeri ini? Kalau dia nak persoalkan pembangunan di sini, apakah sumbangan beliau terhadap negeri? Kita berbangga dengan Iskandar Malaysia, dalam masa 10 tahun akan datang Johor akan berubah, jangan sewenang-wenangnya mengeluarkan kenyataan sebegitu.

“Kita tidak boleh bergurau dengan perkara sebegini,” katanya.

Sinar Harian turut mendapatkan reaksi awam yang rata-ratanya mahu wanita tersebut membuat permohonan maaf secara terbuka.

Pekerja swasta, Amril Aron, 31, menyatakan rasa terkilannya terhadap kenyataan itu.

“Beliau tidak sepatutnya mengeluarkan kenyataan berbaur penghinaan terhadap apa pun ketidakpuasan dalam laman sosial secara terbuka, ia tidak boleh diterima kami sebagai rakyat Johor,” katanya.

Eksekutif Pemasaran, Hairun Nisa Syed Esa, 23, berkata, kenyataan sebegitu melihatkan keperibadian dan kecetekan ilmu seseorang.

“Saya terkilan dengan kecetekan pemikiran individu seperti ini. Beliau patut memohon maaf kepada seluruh rakyat Johor.” katanya.

Sementara itu, Yahya Kiprawi, 31, berkata, beliau menghormati pentadbiran dan negeri Johor walaupun bukan berasal dari negeri itu.

“Walaupun bukan anak kelahiran Johor, namun saya mencari rezeki di sini, dan saya menghormati negeri, pemimpin dan penduduk Johor. Walaupun mungkin hanya gurauan, namun kenyataan menghina ini tidak boleh diterima pakai,” katanya.

Bagi kakitangan kerajaan, Surahati Abu Hassan berkata, beliau menganggap kenyataan sebegitu tidak sepatutnya dibuat memandangkan ia bersifat kenegerian.

“Laman web sosial bukan tempat meluah perasan, tidak perlu sebut perkataan tak elok. Minta minta maaf dengan terbuka, sememangnya hati rakyat Johor sudah terluka,” katanya.

Sinar Harian berusaha untuk menjejaki wanita tersebut di laman sosial terbabit, namun akaun penama sudah ditamatkan.

Credit: Sinar harian

Antologi rumput dan kasih sayang...

Pada suatu pagi di satu sekolah menengah, ada seorang pelajar bertanya pada seorang guru yang sedang mengajar. Ketika itu, guru tersebut sedang menyentuh mengenai kasih dan sayang secara am.

Dialog di antara pelajar dan guru tersebut berbunyi begini :

Pelajar : Cikgu, macam mana kita nak pilih seseorang yang terbaik sebagai orang paling kita sayang?. Macam mana juga kasih sayang itu nak berkekalan?

Cikgu : Oh, awak nak tahu ke?.Emmm...baiklah, sekarang kamu buat apa yang saya suruh. Ikut je ye...mungkin kamu akan dapat apa jawapannya.

Pelajar : Baiklah...apa yang saya harus buat?

Cikgu : Kamu pergi ke padang sekolah yang berada di luar kelas sekarang juga. Kamu berjalan di atas rumput di situ dan sambil memandang rumput di depan kamu, pilih mana yang PALING cantik tanpa menoleh ke belakang lagi walaupun sekali. Dan kamu petiklah rumput yang PALING cantik yang berada di depan kamu tersebut dan selepas itu bawa balik ke kelas.

Pelajar : Ok. Saya pergi sekarang dan buat apa yang cikgu suruh. Apabila pelajar tersebut balik semula ke kelas, tiada pun rumput yang berada di tangannya. Maka cikgu pun bertanya kepada pelajar tersebut.

Cikgu : Mana rumput yang cikgu suruh petik?

Pelajar : Oh, tadi saya berjalan di atas rumput dan sambil memandang rumput yang berada di situ, saya carilah rumput yang paling cantik. Memang ada banyak yang cantik tapi cikgu kata petik yang paling cantik maka saya pun terus berjalan ke depan sambil mencari yang paling cantik tanpa menoleh ke belakang lagi. Tapi sampai di penghujung padang , saya tak jumpa pun yang paling cantik. Mungkin ada di antara yang di belakang saya sebelum itu tapi dah cikgu cakap tak boleh menoleh ke belakang semula, jadi tiadalah rumput yang saya boleh petik.

Cikgu : Ya, itulah jawapannya. Maknanya, apabila kita telah berjumpa dengan seseorang yang kita sayang, janganlah kita hendak mencari lagi yang lebih baik daripada itu. Kita patut hargai orang yang berada di depan kita sebaik-baiknya. Janganlah kita menoleh ke belakang lagi kerana yang berlaku tetap dah berlaku. Dan semoga yang berlalu tidak lagi berulang. Jika kita berselisih faham dengan orang yang kita sayang itu, kita boleh perbetulkan keadaan dan cuba teruskan perhubungan tersebut walaupun banyak perkara yang menggugat perhubungan tersebut. Dan ingatlah orang yang kita sayang itulah kita jumpa paling cantik dan paling baik pada MULAnya walaupun nak ikutkan banyak lagi yang cantik dan baik seperti rumput tadi. KECUALILAH jika perhubungan tersebut tak boleh diselamatkan lagi, maka barulah kita mulakan sekali lagi. Maka sayangilah orang yang berada di depan kita dengan tulus dan ikhlas.

Maka, bersyukurlah dengan kasih-sayang yang kau terima pada hari ini, kerana jika kau meninggalkannya, mungkin kasih sayang itu tidak akan kembali seperti sediakala. sedarlah wahai insan, kasih sayang ALLAH itulah yang paling hakiki, jika kau memalingkan dirimu dari kasihnya, maka kamulah serugi-rugi manusia.

Wednesday, August 4, 2010

kemalasan melanda....

lame tak update blog kan.....
Malas nak update sebenarnyer.....
Dari Khamis minggu lepas Jasmin dah cabut balik muar...
esok nyer pulak tdo umah bakal mak mentua...
Besh gler....mak mentua Jasmin ajar care masak buat sos petis yang paling lazat...
nampak mcm senang jer kan...
( ader rahsia yang kene tambah supaye rojak tue ngetop gler)
Rojak nie buat tuk kenduri umah pomen Chinta ati Jasmin sebenarnyer...
Dier nak buat steamboat mcm event kat umah jasmin ari tue...

nk tahu lanjut kat cni....

pastue ari ahad kiterorg g PC fair kat MITC, Melaka...
Banyak gler kiteorg borong...sampai banayk jugalah duit abis..
Chinta ati lak beli speaker...
(sampai jer umah terus testing speaker sampai kul 4 pg)
Hahaha tue la excited sgt....
Pastue ari isnin balik uniten dalam keadaan penat n kemalasan yang melampau.....