Friday 28 September 2012

Solid Food: Basic Questions

Basic questions:

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
2) Sehari berapa kali makan?
3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
8) Bagaimana mahu buat puri?

Answers (standard):

1) Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.
2) Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.
3) 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.
4) Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.
5) Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.
6) Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.
7) Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google. 

Sumber dari group HSFFYB Group

Wednesday 26 September 2012

Tukar baju??

Salam mommies semua..

Sorry sangat2 sebab dah lame tak update..

Jasmin tengah dalam proses penukaran wajah baru blog...
sila-sila jangan malu-malu nak jengokkan diri di sini yerp...

oklah..sorry sangat2 k..

Sunday 23 September 2012

"SEGMEN : Tambah Followers by Khairunnisa "

Salam..

Kali nie Jasmin nak join pulak segmen tambah follower...

Of course la Jasmin kene la tambah follower yang sedikit jer nie...setakat ni follower jasmin hanye ader 60 orang sahaja..cikit kan...
Hhuahuahaua...


So pada korang yg naik join leh click  SINI OK

 * Follower yang Jasmin idamkan : seramai-ramai mungkin (*__*)

Thanks banyak-banyak cik penganjur...

"Blog Review by Fatini Irdina"

Salam...
Nie kali kedua Jasmin nak masuk giveaway..
harap-harap ade la rezeki nanti..AMEENN...

BLOG REVIEW BY FATINI IRDINA

Kawan-kawan lain jom ceriakan diri kita dengan bersegmen untuk support sesama kita. 

Syarat-syaratnya ialah:
1. Follow blog Fatini. *untuk update terkini*
2. Like fanpage Fatini. *tak diwajibkan*
3. Klik sini. *tunggu sampai habis loading*
4. Buat satu entry yang bertajuk "Blog Review by Fatini Irdina".
5. Lekatkan banner hodoh di atas pada entry dan linkkan ke entry ni.
6. Tinggalkan link entry anda ke ruangan komen entry ini. *tempat lain takkan dilayan*

DUE DATE: 25 SEPTEMBER 2012 | 11:59 a.m

NOTICE BOARD
*Kesemua blog yang join akan dimasukkan ke dalam BLOGLIST TERHEBAT
*Tiga top referral akan mendapat topup sebanyak RM5 seorang.
*Blog korang terus direview sebaik sahaja segmen tamat.

Friday 21 September 2012

Solid Food: Penyediaan Beras Perang Halus

Salam semua...

Kali nie Jasmin nak ajar cara-cara penyediaan BERAS PERANG yang halus so dah tak payah lagi nak blender-blender lagi...

Kenapa Jasmin pilih Beras Perang ek berbanding beras biasa?
Aper kelebihan dier...

Please...sila la refer link nie...

Oklah..kita teruskan dengan cara-cara penyediaan Peras Perang...

Bahan-Bahan: Beras Perang tak kisah la jenama ape pon...

Cara penyediaan:

Mula-mula kenela rendam dulu beras nie....
Nak tahu tak kenapa perlu rendam...
Ish panjang lak nak explain kat cnie..
Meh la rajin-rajin mengklik kan diri kat "mengapa anda perlu merendam"
Jadi kenelah merendam dulu beras dan titiskan 2-3 lemon.(agak-agak korang la)..
Jasmin akan merendam beras tue dalam 8-9jam dalam peti ais..Jangan letak bahagian beku lak...

Beras yang direndam dan disimpan dalam peti ais
 Selepas dah rendam, Jasmin akan sangaikan beras tue sampaila betul-betul kering...
Ape tu sangai...
Ala macam menggoreng beras dalam kuali tanpa minyak. (Faham tak?)..
Beras disangaikan.
 Apabila beras dah sejuk seketika, Jasmin pon masukkan dalam blender...sampaila beras tue hancur.

Beras yang diblender..

Selepas tue, barulah Jasmin tapis untuk asingkan beras yang halus dan yang kasar.

Tapiskan beras.

Beras yang halus 

Beras yang kasar..

 Beras yang kasar tue Jasmin akan blend lagi sampaila semua dah halus...

Tada...Stok Firas tuk 2minggu...

Simpan di dalam bekas.
Siap...

Selalunye tuk baby Firas yang baru 7 bulan, hanya 2 sudu besar jer diperlukan..tapi ianye bergantung pada baby masing-masing.

Jasmin akan masak setiap hari kerana Jasmin hanya yakin beras biler masak hanya bertahan sehari sahaja...
itu pon bergantung bagaimana cara penyimpanan korang semua...

Oklah...itu sahaja..

Sharing is Caring (*__*)..

Tuesday 18 September 2012

DIY: Goody beg for Majlis Aqiqah Firas Muslim

Salam...

Baru jer jumper enrty nie kat draft..
Banyak lagi entry yang di buat separuh jalan..
Biler ade mase Jasmin update lagi ek...

Kali nie Jasmin nak update pasal Goody beg untuk Majlis Aqiqah Firas
(lihat n3 nie)

Jasmin design sendiri menggunakan Adobe Photoshop...
Ala dsign simple-simple jer....

Nie Thank you tag
Tada...
Sebahagian yang dah siap...

 Tak der la banyak mane yang Jasmin buat...aderlah dalam 150 jer...
Dalam goody beg tue jasmin bagi jar tue, telur dan surah YASSIN....

Cuber korang teka per yang kat dalam jar tue???

HAH..betul!!!!
Biskut AISKRIM....faberet Jasmin dari kecik sampaila sekarang....hehehe

Ader yang tanyer Jasmin berapa anggaran kos tuk MAJLIS AQIQAH Firas...
Nak cakap pon serba salah gak nie...
Klu nak cakap nanti riak pulak...

OKIES...setelah diberitahu oleh Mr. Hubby dan keberannyer..
Jasmin nak bagitau jer la..

Kos aderla dalam RM6K...
Banyakkan...
Tapi puas hati..

Korang bayangkan kambing BOA tue yang telingga jatuh 3 ekor
Ayam 30 ekor...
Beras Basmati 6 kampet
Upah tukang masak...
Steamboat...
Barang Desert...
Laksa Johor...
Makanan yang lain2 tue adelah dalam 6 jenis contoh kerabu jantung pisang, Kuah Lemak Pisang, kuih koci, Pencuk, ikan Kering masin, ape lagi ek....
Air mata kucing ngan air limau( Jasmin beli kordial yang mahal ckit harganyer tapi ramai puji sedap rasenyer dan yang habis awal)...
Buah tembikai, tembikai susu

Gebak-gebuk yang pinggan, mangkuk, cawan polisterine, sudu dan garfu...
Entahla banyak lagi...
tue yang cecah RM6K...

Oklah baby dah bangun nak susu...
TADAAA....


Saturday 15 September 2012

Solid Food: Kenapa GARAM BAHAYA???




kenapa terlalu banyak garam itu membahayakan:





badan kita perlukan garam utk berfungsi dngn betul..badan tidak bole mnghasilkan garam, maka sedikit garam adalah perlu dlm diet seharian kita.

tetapi utk bayi, keperluan garam nya SANGAT SEDIKIT (less than 1g per day up to the age of 12 months).. dan most of the time keperluan ini dipenuhi daripada susu ibu/susu formula.

KENAPA?

mudah jwpan nya.. Ginjal bayi masih tidak bersedia utk memproses garam lebih dari yg dinyatakan...

maksudnya, menambah garam kedalam makanan bayi bole menyebabkan kerosakan ginjalnya.

kerosakan ginjal = ketidak-upayaan utk membersihkan badan dari toxin ..which will lead him/her kena buat dialysis (cuci darah dgn bantuan mesin).

PLEASE PAY A SERIOUS ATTENTION TO THIS 



terdapat semakin banyak bukti/kes that intake garam yg banyak semenjak dari kecil bole membawa kepada penyakit darah tinggi ketika dewasa/tua - lebih-lebih lagi dalam keluarga yg mempunyai sejarah hypertension.

So makanan anak saya patutnya tawar?

well, pada kita yg sudah biasa mkan menu bergaram pasti kita merasa ia nya tawar kerana lidah kita sudah kenal perasa garam tersebut. tetapi kena ingat, baby's palate (deria rasa di lidahnya) masih dlm perkembangan dan masih 'suci' dari sebarang preference atau rasa yg digemarinya.

in facts, makanan yg kita rasa kan adalah tawar may be perfectly acceptable to his tongue!

lagipun, selagi dia tak dikenalkan dgn rasa tersebut sudah tentu dia tak akan tahu..!

he won't miss what he hasn't yet experienced.

memastikan makanan bayi anda 'salt-free' tidak bermakna menunya adalah flavour-free' ! jadikan ia berperisa dgn cara semulajadi..

anda bole try tambahkan herbs, aromatic spices, or garlic to the menu. natural flavouring seumpama ini mengandungi banyak khasiat masing2.

utk perkenalkan each item, masih kena treat as new food. so apply 4days rule to see if there is any reaction to baby(allergy or digestive problem).

Hidden source of salt in daily intake of baby

1. susu formula. sbb tu kena pastikan bancuhan mesti mengikut arahan yg disediakan. susu yg dibancuh pekat mengandungi lebih byk garam.

2. DO NOT USE kuah/gravy komersial or kiub segera utk masakan anak. ini termasuk kiub/perencah segera ikan bilis/ayam/daging etc. sediakan sendiri utk anak anda. jgn bagi alasan..

3. bila gunakan sayuran frozen/tin check label dan pastikan tiada garam telah ditambah.

4. mungkin nampak sesuai utk bagi makanan older kid pada bayi, tetapi kanak2 >1yo bole tolerate higher salt content berbanding bayi.. jadi pastikan jika anda memberi komersial food pada anak, ia adalah bersesuaian dgn usianya. (canned puree,baby biscuit, snack etc).

5. cheese, roti, dan lain2.. SENTIASA BACA LABEL.. anda pasti terkejut dgn kandungan garam yg digunakan.. go for unsalted butter, low sodium cheese dan lain2.

6. lastly, elakkan all processed meat and food. ini termasuk daging komersial spt daging burger, sausage, sos tomato/cili (ready-made sauce) dan makanan dlm tin..

Source:Solid & Semisolid Food for Your Baby group

Friday 14 September 2012

Lil Firas: Majlis Aqiqah dan Rumah Terbuka

Salam semua...

Wow sekejap jer kan nak abis raya...
Last raya hari Ahad nie kan...
Open House still banyak lagi kene attend..

Aduihhh pas raya gamaknyer makin menjadi-jadi lak berat badan nie...CEssss
(baru nak kurus)

Ermm Kali nie Jasmin nak ceritakan sepanjang Majlis Aqiqah Firas dan Rumah terbuka kami...

Ameennn....

Korang bayangkan persiapan yang disediakan adalah tuk 400 orang makan,
Lauk Utama:
Nasi Beriyani,
3 ekor kambing, Means 2 ekor masak BUKHARI dan seekor tuk BBQ,
(Jasmin yang soh masak bukhari nie sebab mase Jasmin kawen Jasmin tak dapat pon rase even sedikit pon lauk kambing nie dan semestinyer Jasmin adalah peminat tegar daging KAMBING OK)
Ayam 30 ekor, 20 masak merah lagi 10 tue buat BBQ  jugak...

Tue tak termasuk lauk2 yang lain,
Laksa Johor, Steamboot, BBQ kambing dan ayam, karabu jantung pisang, kuih koci dan lain-lagi...yumyumyum
Sumer buat sendiri okey....dengan bantuan mak..
Boleh dikatakan memang meriah giler la....

Majlis start dalam kul 11 pagi tue..tuk Yassin dan Doa selamat bagi PEREMPUAN,
Pas Asar tuk orang Masjid dan pas Maghrib tuk dak TaHfiz...

Acara rumah terbuka start dalam Jam 2 petang sampaila ke tengah malam...

Memang ramai giler orang k sampaikan kalah majlis kawen tau gamaknyer..
Yang Jasmin suka adalah ramai jemputan yang hadir..ALHAMDULILLAH
dan program berjalan seperti yang dikehendaki...

Orang bace YASSIN, dier pon nak menyebok...

Golek-golek senang hati

Hah..kan dah gabra....tettt

Tukang gelakkan

Firas buat muka....ayoyoyo

Firas tgok per tue?

yeh...usap banyak-banyak cikit...

Hah..abis jendul kene air tepung...

Selepas tue....
 dan yang paling besh Jasmin dapat curi gambar Tok Aji tengah potong ayam tuk buat BBQ...
Hahahaha..
Ader gaya tak jadi orang kampung???

Mr. Hubby tengah potong ayam...


Apepon Jasmin ucapkan ribuan terima kasih kerana memeriahkan Majlis yang kami anjurkan...

Hati senang biler tengok lauk sumer licin ok...
Tinggal periuk jer..hahahha...

Esoknyer sumer pengsan termasuklah Firas...

Eh terlalu panjang lak entry nie..

Oklah bye...


Wednesday 12 September 2012

"Curi-Curi Suka" Giveaway!

Salam reader..

rasenyer Jasmin tak pernah nak join Giveaway nie..
Tapi disebabkan hadiahnyer adalah novel (Jasmin adalah pembaca tegar segala anak cucu novel)
Jasmin nak join gak...

Jom la sama-sama join "Curi-Curi Suka" Giveaway nie...


pemenang akan dapat hadiah novel berjudul CURI-CURI SUKA..
yang ditanda tangani oleh penulisnya..LIYANA ZAHIM..

Harap-harap ader rezeki nanti...
Ameen...

Tuesday 11 September 2012

Lil Firas: Buat per tue?



 Salam sumer...
Akhir-akhir nie malas nak update blog...
Tak tahula naper...
Layan si budak tenet nie yang dah start nak merangkak...
Habis satu rumah die nak jajah...
Aduhhh......penat giler...
Oppssss...rase-rase boleh kurus tak? TETTTTT!!!!!

Tapi Alhamdulillah, Firas memang tak banyak karenah..
Siap boleh main sorang-sorang...
Just pantau jer jangan makan atau main benda yang bukan-bukan...
(sejak dah jadi pengutip terbaik)..Hehehehe...

Menangis time nak menyusu ngan nak tdo sahaja...


Firas tengah tengok per tue?
Amboi..dah angkat kaki.

Eh..buat per tue?

Ermmm.....

Masukkan mulut....

Tapi ramai cakap kalau Firas masukkan kaki dalam mulut dah nak adik??

Ish tak mungkinla....period pon lom lagi ader hati nak menambah...
Tapi klu ader rezeki jangan ditolak ok...
Kate nak anak ramai kan...
HAHAHAHA larat ker Jasmin Oiii!! :P


Thursday 6 September 2012

Raya: Baru Nak Post

Salam sume....

Dah nak masuk minggu ke-3 raya kan...
Jasmin baru terhegeh-hegeh nak post pasal adengan RAYA versi Johor VS Melaka.

Kali nie Jasmin sekeluarga beraya di MUAR, Johor..
Walaupon gembira (ye lor umah sendiri kan)...
walaupon Penat, (kene masak-masak bagai)

TAPI, Jasmin heppy...
 Tapi kali nie macam lipas kudung,
Bawangkan tengah-tengah potong ayam, Firas lak mintak susu...
terpaksa berhenti seketika..
Tengah tumbuk kacang buat sambal kacang, Firas dah melalak nak susu...
berenti lagi..

TAPI, Jasmin memang TABIK SPING kepada semua IBU-IBU yang boleh jaga anak-anak mereka sampai besar...
Terpikir-pikir macam manerla kalau orang dulu-dulu ader anak sampai berbelas-belas kan...
PEH......ak tatahu lah nak cakap...

Nie anak baru sorang pon dah kabut semacam...
HAH amik ko...

Oklah..sempena masih berbaki hari raya nie,

Jasmin menyusun 10 jari memohon maaf dari HUjUNG RaMBUT SAMPAI HUJUNG KAKi, 
jika ader yang tersinggung atas segala yang Jasmin cakap, lakukan, atau ape-aper jer la...

MAAFKAN JASMIN K.....

Kira 0-0 K...

Oklah... Masih dalam mood raya lagi...

Asyik g OPEN HOUSE jer...berat pon mesti dah naik mendadak....
 (BILER LA NAK KURUS MACAM NIE)
Nie jer gambar yang sempat terakam:

LAYANZZZ...
Firas bersiap-siap nak amik gambar

Firas with mama

WE....

Firas sempat tertido...