Friday 30 November 2012

Transformation Bottle

Hye sume....lama kan jasmin tak tulis kat blog...
sedangkan dalam kepale nie macam-macam nak tulis...
banyak entry tertangguh.
termasuklah entry nie...
hahahaha....(*__*)
Kali ni Jasmin nak share pengalaman Jasmin menggunakan bottle susu..
Yerp..memang diakui...selama Jasmin Breastfeed Firas...
Bottle susu tue merupakan musuh utama tau...
Geram sangat. Kalau adernyer mama dier depan mata..
Kim salam n BYE BYE pada bottle susu...
Bila 1st time cuba guna botol susu nie, Jasmin kenalkan Firas macam-macam jenama puting...
Bermula dengan puting Pureen (banyak dapat freela katakan) tak jalan...
Puting Dr baby banyak orang refer ok..tapi my baby tak ok yee...
Pastue start la kepada jenama yang mahal...NUK, AVENT, PIGEON, n etc..
Ok sume tak jalan...mama dah poning...
Last-last ader expo kat Midvalley, belila bottle MAM..
Alhamdulillah..berjaya DENGAN SYARAT BUKAN MAMA BAGI k...
Tapi kalau mama dier ader memang dah tak pandang pon bottle susu nie..hehehe
Bile Firas dah masuk 6 bulan, Jasmin cube lak sippy cup...
Yup..memang teruja sangat sebab Firas takde masalah confius puting...
main bedal jer...
Tapi yang tak tahannyer...Firas suke gigit puting tue sampai bocor..terpaksalah tukar puting lak.
Nie la sippy cup Firas

Tapi bile Firas dah mula akal panjang...
Pantang bila mama dan babah minum pakai straw...
Mula-mula memang kelakar sebab bila sedut mesti tak dapat nak minum..
Hubby lagi suke kacau anak dier minum pakai straw...
Tapi bile dah berjaya sedit pakai straw amik ko....
sume minuman kiteorang dier nak... (padan muke kiteorang)
So terpaksalah misi mencari jenis straw lak...
sekarang Firas makin eksyen yang puting dah tak nak... nak staw jer.
EBM pon Jasmin masukkan yang straw gak...
Ok lak...so layan kan ajelah.
Nie la botol Firas....yang MAM vs Straw...
So..ape yang Jasmin dapat katakan kat sini adalah kita yang membentukkan anak-anak kita
Jadi Sayangilah anak kita...hihihi
Oklah nanti Jasmin share lagi pengalaman Jasmin k...

Thursday 22 November 2012

Solid Food: Cara Yang Betul Kendalikan Frozen Puree

Kali nie Jasmin nak share tentang cara yang betul tuk kendalikan frozen Puree nie...
Jasmin pon tak sure dari mana Jasmin dapat petikan nie..
tetapi ader tersimpan dalam external HD jasmin...
so Jasmin nak share mommies-mommies kat luar sana: 

"
Setiap penyediaan makanan bayi adalah kritikal (sebenarnya setiap penyediaan makanan untuk orang dewasa juga penting). Tetapi disebabkan perut bayi lebih sensitif dan masih berkembang, adalah perlu untuk lebih berhati-hati.

Kesilapan umum adalah:
  1. Apabila saya membuat puree bayi, saya masukkan puree tersedut ke dalam bekas ais yang tidak mempunyai tutup. Sepatutnya anda masukkan ke dalam bekas ais yang mempunyai penutup supaya tiada bakteria berpeluang masuk ke dalam puree semasa proses pembekuan di dalam freezer.
  2. Tidak membuat label tarikh kepada makanan beku bayi. Oh, makanan bayi yang telah dibekukan haruslah digunakan dalam tempoh sebulan sahaja paling lewat ok.
  3. Jangan letak dalam bekas plastik seperti plastik lauk makanan, plastic biase kalau boleh yang BPA free. Ini kerana setiap kali penyediaannya, anda perlu cairkan terlebih dahulu, dan kemudian ambil sedikit bahagian untuk digunakan, kemudian simpan kembali ke dalam freezer, yang mana membuatkan makanan bayi beku tersebut lebih banyak terdedah kepada perubahan suhu yang melampau, meningkatkan risiko pembiakan bakteria. Pastikan untuk membekukan makanan bayi dalam kuantiti yang sedikit-sedikit supaya mudah diambil untuk setiap hidangan.  Contoh, satu kiub untuk satu hidangan.

Penyediaan makanan beku bayi 

  1. Makanan puree bayi yang belum dibekukan hanya boleh berada di dalam fridge (peti sejuk bukan freezer) maksimum selama 48 sahaja. Sebaiknya terus masukkan ke dalam ruang freezer.
  2. Sekiranya anda mahu sejukkan makanan bayi sebelum mengisar menjadi puree, pastikan tidak melebihi 2 jam di dalam suhu bilik, kerana dikhuatiri akan membiakkan bakteria ke dalam makanan. Pastikan bekas makanan sentiasa bertutup.
  3. Jikalau mahukan makanan segar buat bayi anda, yang mana anda tidak mahu bekukan makanan tersebut, buatlah setiap hari. Ini applicable untuk ibu-ibu yang bekerja di rumah ya. Lebih sihat gitu. Bukankah bila kita tidak bekerja, seharusnya semua adalah lebih baik dan lebih berkualiti. Ya, masa berkualiti untuk anak, makanan berkualiti untuk anak, pendidikan rumah (informal dan formal) yang lebih berkualiti untuk anak-anak. Jangan pulak terbalik ye. Hehe. Perlu diingat, makanan air tangan ibu yang dibekukan adalah lebih baik dari instant baby food di pasaran.
  4. Kebaikan menyimpan makanan bayi beku ni ialah sekiranya bayi anda menolak makanan tersebut, anda boleh cuba memasukkan resepi makanan tersebut mungkin seminggu atau 2 minggu selepas itu. Yelah, mana tahu tiba-tiba bayi anda tukar selera kan? "

 So, dengan perkongsian artikal nie dapatla sama-sama kita manfaatkan dan berikan yang terbaik tuk kesihatan anak kita.

Saturday 17 November 2012

Perihal WALKER

Waaa.....dah bersawang blog Jasmin...
Maklumlah...musim hujan kan...
eh..naper lak ngan musim hujan?
hihihi...
Sebenarnyer mood dah kelaut di tambah lagi wifi yang tak berbayar...
(hahahaha kes adik main tenet jer tak nak belajar)
Dah-dah kelaut lak cter.
Kali nie Jasmin nak kongsikan pasal walker...
Ramai yang tahu walker nie ader PRO and CONS dier..
So tepuk dada tanya selera..
Setelah meneliti dan pikir sebaik-baiknyer..
Jasmin mula pakaikan Firas WALKER sejak 5bulan lagi...
Disebabkan Firas sudah tegap dan sudah mula menunjukkan sikap-sikap yang agak agresif ditambah lagi akal yang panjang...
(hehehehe)
Nak dijadikan citer, mula-mula memang Jasmin tak nak pakaikan Firas walker..
tapi disebabkan Jasmin start nak memasak (eh masak ker)
atau nak buat keje umah...
susah sangat nak kawal Firas...
Aduhhh...memang terpaksela meggunakan khidmat WALKER tue.
Kat luar rumah

seronok sangat...

time to playing...
Tapi sejak Firas start nak merangkak...Jasmin semakin jarang gunakan walker...
Just masukkan kalau perlu contohnyer macam nak buat kerja rumah la...
kalau tak memang Jasmin biarkan jer dier. 
Just pantau jer.
Tapi nak dijadikan cerita...
sejak Firas dah start belajar berdiri...die dah taknak masuk dalam walker...
Biler Jasmin masukkan jer...terjerit-jerit macam kene dera ngan mama dier...
Last-last sampailah ke hari nie, Umur Firas start 9 bulan dah tak berWALKER lagi.
Habit Firas sekarang nie menolak bumbo seat ker...walker tue ker...
Mak cakap Firas tengah belajar memapah.
memang sekarang nak makan pon tak menyempat hokey...
Agak-agak boleh kurus tak? hahahha
tapi seyes berat Jasmin turut 3kg...hahaha penangan Firas yang sudah melasak.

MORAL of da stories: 

Anak anda akan tahu sendiri bila dia perlukan sesuatu atau tidak.
 jangan memaksa anak anda jika tak nak buat apa yang kita suruh. 
Jangan biarkan anak anda main tanpa pengawasan.