Tuesday, January 24, 2012

Checklist barang-barang yang perlu di bawa ke Hospital

Kali nie Jasmin nak share barang2 yang perlu disediakan sebelum masuk ke hospital....
Jasmin dah readykan barang2 nie sejak masukk 7 bulan preggy...
Antara senarainyer:-

Senarai keperluan IBU

* Buku merah(buku check mengandung...penting ni)
* 1 beg pakaian (kompem la kena ade beg...kang tak pasal2 taruk barang dalam plastik beg je kang :P )
* 1 helai tuala mandi & tuala muka
* 1 paket tuala wanita (dalam 20 keping)
* 3 helai baju t-shirt
* 3 helai kain batik
* 2 helai tudung/anak tudung
* 2 pasang stokin
* 1 pasang selipar
* 5 helai seluar dalam pakai buang
* 3 helai baju dalam
* 1 set toileteries (berus gigi, ubat gigi, sabun mandi, syampu, sikat)
* 1 bakul berisi air panas,air masak dan juga biskut(ni dah bersalin nanti baru letak)
* Bahan bacaan (supaya xbosan nnt nak tuggu dalam wad kan)

Senarai keperluan ANAK
 
* 1 helai tuala mandi

* 2 helai sapu tangan kecil
* 2 helai selimut / kain bedung

* 2 helai kain lampin/ napkin
* 10 keping pampers new born

* 1 paket tisu basah ( untuk lap "poo poo" dia nanti)
* 4 helai baju
* 4 pasang seluar panjang / pendek
* 3 pasang sarung kaki dan sarung tangan
* bantal kecil

* bedak baby, minyak Yu yi cap limau
* Surah Yaasin

Takkan keperluan untuk ibu ngan anak je kan kena sediakan...suami pun perlu ada gak persediaan sendiri...antaranya:

* Kamera (wah kata bini nak jadi blogger tegar kan??..harusla ada kamera)..Handphone pon ader...lg senang...
* kad pengenalan suami
* surat nikah
* duit (ni paling penting sekali buat kaum lelaki :P )


Nota kaki: agak2 ader x yang Jasmin tertinggal??