Jasmin cari benda lain kat mr.google...
tetibe jumpe nie....
aisey man...banyaknyer pantang larang nie...
mampu ker Jasmin ikut?
lagi2 x jumper 40 hari....
tetibe jumpe nie....
aisey man...banyaknyer pantang larang nie...
mampu ker Jasmin ikut?
lagi2 x jumper 40 hari....
Apabila telah ditetapkan hari perkahwinan bermakna bermulalah pantang
larang buat bakal mempelai itu. Apa yang ditetapkan harus diikuti untuk
kebaikan diri mereka. Ia bukanlah menjaid kewajipan tetapi sudah menjadi
satu budaya dalam masyarakat melayu. Walaupun bakal pengantin zaman sekarang
jarang disebutkan perkara ini kepada mereka, tidak rugi jika apa-apa
pantang larang yang difikirkan sesuai masih boleh diikuti.
- Jangan keluar dengan pasangan selama 40 hari sebelum diijabkabul untuk
mengelakkan tohmahan masyarakat. Selain itu ia bertujuan untuk mengawal
nafsu. Ia juga untuk menimbulkan perasaan rindu dendam. Perasaan yang timbul
akan membuatkan wajah pengantin lebih berseri. - Jangan tidur dirumah orang takut terkena ilmu. Ia juga untuk menjaga nama
baik keluarga. - Jangan bebas keluar kemana-mana kerana takut disantau oleh mereka yang
mempunyai niat tidak baik. - Jangan makan nasi dengan gulai berkuah beberapa bulan sebelum naik pelamin
bagi mengelakkan perut buncit. - Elakkan makan ulam yang berbau busuk seperti petai dan jering.
- Jangan bercermin terutama selepas maghrib ke atas bagi mengelak diri dari
perkara sihir. - Jangan membuang air kecil dan air besar serentak di dalam air contohnya dalam
sungai, kolah kerana ia boleh melemahkan organ seks. - Elakkan minum air bergas kerana ia mempunyai gula dan gas yang tinggi dan
boleh menyebabkan kencing manis. - Kurangkan makan makanan yg manis kerana jika terkena kencing manis,
lelaki tersebut menghadapi masalah berat ketika bersama. - Elakkan mandi malam kerana tidak elok untuk sendi-sendi.
- Kawal makan iaitu sekali makan setiap hari (mengikut sesetengah adat).
- Kaum lelaki elakkan memakai seluar dalam yang ketat pada waktu malam dan
tidur meniarap kerana tidak bagus untuk organ seks kerana darah tidak
mengalir. - Elakkan terlalu banyak makan makanan laut kerana ia mengandungi banyak
toksid. - Tiga bulan sebelum berkahwin, mula membuat urutan supaya pengantin
mempunyai tenaga. - Amalkan makan telur ayam kampung seminggu 2 kali yang dicampur madu dan
lada hitam yang ditumbuk untuk menambah tenaga. - Bagi mereka yang banyak angin, minum air halia untuk membuang angin.
- Belajar ilmu rumahtangga daripada org yang berpengalaman dan sudah berkahwin
tentang rahsia memikat isteri supaya rumahtangga aman dan damai. - Jangan memuaskan nafsu dengan cara sendiri.
- Cukupkan waktu tidur tujuh hingga lapan jam sehari.
- Elakkan minum minuman keras dan merokok.
- Elakkan terkena cahaya matahari kerana dikhuatiri hitam dan tidak
berseri pada hari perkahwinan. - Elakkan minum air soya kerana ia sejuk dan tidak elok untuk alat kelamin.
- Amalkan makan jamu supaya malam pengantin tidak mengecewakan.
- Banyakkan baca surah-surah bagi mengelakkan gangguan syaitan. Sentiasa
mengingati Allah. - Jangan makan sebebas-bebasnya kerana ketika ini sistem dalaman tidak
stabil. - Jangan terlalu terdedah kepada keluarga lelaki (simpan diri).
- Jangan berembun atau keluar malam bagi mengelakkan unsur jahat.
- Jangan bercelak atau berlangir serta memotong rambut seminggu sebelum
ijabkabul. - Jika telah nikah gantung tidak boleh bersama.
- Selepas nikah mesti ada peneman tidur sebelum bersama. Ia bertujuan untuk
menghangatkan lagi kemesraan. - Bilik lelaki atau wanita jgn dikosongkan. Mesti ada orang atau ahli
keluarga terdekat tidur di dalam bagi mengelak dari dikhianati orang. - Jangan buat kerja yang berat. Bila pengantin membuat kerja berat, dia akan
berasa penat dan mudah terjadi nya gangguan emosi. - Jaga pertuturan agar tidak menimbulkan rasa sakit hati.
- Elakkan makan dan minum seperti sayur bersifat sejuk seperti kangkung,
bayam, timun, jambu batu dan air kelapa agar muka nampak segar. - Jangan cukur kening ditakuti akan menghilangkan seri muka.
- Sebelum menjadi pengantin, katil kelamin tidak boleh ditiduri oleh
pengantin kerana tidak manis. - Lempar baju di atas bumbung rumah tanpa diketahui oleh orang lain bagi
mengelakkan hujan turun ketika majlis berlangsung. - Dilarang memandang cermin ketika disolek oleh juruandam kerana
dikhuatiri hilang seri. - Kedua pengantin dilarng bercakap ketika bersanding kerana kurang manis
dipandang tetamu. - Jangan makan kepala ayam nanti mengantuk masa bersanding.
- Dilarang membuang alis kerana perbuatan tersebut akan menghilangkan
seri wajah buat pengantin lelaki. - Jangan makan bersulam air kerana dikhuatiri menyebabkan perut menjadi
buncit. - Elakkan keluar rumah tanpa tujuan kerana angan-angan yang tinggi
menjelang perkahwinan dikhuatiri bakal pengantin mengalami kemalangan jika
berada diluar.
0 comments:
Post a Comment