Jasmin terjumpelah satu bahan dr majalah lame2 n masih sesuai lagi di guna pakai...
So, leh la juga djadikan panduan pada mase akan datang..
1) Tetapkan tarikh
Sebelum membuat apa jua perancangan, tarikh nikah hendaklah ditetapkan awal2. Seelok-eloknya, tarikh ditetapkan at least 6 bulan sebelum majlis berlangsung.Ini bagi memberikan masa yg cukup untuk merancang.
2) Kursus kawin
Setiap pasangan yang nak kawin, wajib mengikuti kursus kawin. Sebaik-baiknya selepas dah set tarikh nikah, terus daftar jer untuk kursus kawin yang biasanya hanya berlangsung 2 hari sajer. Dan klu xsilap hargenyer dalam RM80.
(Jasmin bernasib baik coz UNITEN wajibkan amik kursus kawin. Selamat!!)
3) Tentukan konsep majlis
Bincang dengan pasangan bagi mendapat ilham konsep perkahwinan sama ada exclusive, modern atau traditional. Tetapkan jugak lokasi di mana korang ingin majlis diadakan sama ada di rumah sendiri, dewan, taman, hotel atau tempat2 lain yg seangkatan dgnnya.
4) Buat bajet perkahwinan
Cara terbaik untuk buat bajet atau perbelanjaan bagi majlis perkahwinan ialah dengan membuat list. Listkan segala bende2 yang perlu dibuat seblum majlis berlangsung. Kemudian tuliskan bajet untuk setiap perkara yg ditulis tue bagi mendapatkan anggaran jumlah bajet secara keseluruhan.
5) Buat senarai jemputan
Senaraikan saudara mara, kawan2 dan kenalan yang ingin dijemput supaya senang korang nak tempah kad kahwin nanti. Selain tue, dengan adanya list nie, korang bleh tau sebesar atau semeriah mana majlis perkahwinan korang nanti.
6) Pilih pakej perkahwinan
Seboleh-bolehnya 3 bulan sebelum majlis, korang dah kena pilih pakej perkahwinan yang sesuai. Sebabnya kalau tempah lewat2, semua pakej yang lawa2 dan berpatutan mungkin dah abis ditempah orang (lebih2 lagi kalu majlis dibuat masa cuti sekolah). Biasanya, pakej kawin nie akan termasuk sekali pelamin, baju pengantin, hiasan kamar pengantin, pintu gerbang, make-up, fotografi n mcm2 lg....
7) Tempah kad
Setelah siap buat list jemputan, korang kena lah tempah kad jemputan kawin pulak. Biasanya kira-kira dalam 2 bulan sebelum majlis diadakan, korang dah bleh tempah kad kawin nie. Jangan tunggu last2 minute, sbb nnt kot tak sempat nak hantar kad pulak.
8) Shopping untuk barang2 hantaran
Barang2 untuk hantaran kawin nie better dibeli masa tengah ada sale. Barang2 yg tahan lama spt kasut, handbag dsb. boleh dibeli awl2 lagi. Alang2 tue, belilah skali alat2 untuk buat gubahan hantaran. Nie jika korang gubah barang2 hantaran tue sendiri la…Jimat masa sket, ye tak?
(nie bagus bagus utk menjimatkan belanjer dlam majlis)
9) Memilih cincin
Dalam adat perkahwinan Melayu, cincin melambangkan ikatan kasih sayang di antara dua mempelai. So, pilih lah cincin yang tepat dan sesuai untuk insan tersayang korang. Sebaik-baiknya, beli atau tempah cincin perkahwinan 2 bulan sebelum majlis berlangsung.
(Tp Jasmin dah ader 2 cincin-cincin merisik n tunang. Jd Jasmin nak la barang lain lak mcm rantai ker, gelang tangan ker...haha....Demandla pulak)
10) Settle kan segala urusan dengan pejabat agama
Sebelum majlis pernikahan berlangsung, settlekan semer urusan dengan pejabat agama spt. surat kebenaran nikah, kadi, saksi dan wali. Biasanya segala urusan nie hendaklah dibuat sekurang-kurangnya 1 bulan sebelum majlis.
11) Hantar kad jemputan
Haii… kalu terlupa hantar kad jemputan, sunyi sepi la majlis perkawinan korang nanti. Kad jemputan nie elokla dihantar 1 bulan atau beberapa minggu sebelum majlis. Jangan lupe pulak!! IMPORTANT TAU
12) Tempah khidmat katering/tukang masak
Selewat2nya 1 bulan sebelum majlis, korang dah kena tempah khidmat katering atau tukang masak untuk kenduri kawin korang. Ini bagi memberi masa yg cukup untuk tukang masak membeli barang2 dapur spt. beras, rempah, daging dsb…
13) Tempah pakej canopy
Pakej canopy jugak perlu ditempah awl2. Pastikan pakejnya termasuk kelengkapan yang berkaitan spt. kerusi, meja, tray lauk, bekas minuman, pinggan, gelas dsb. lagi.
14) Pastikan gubahan hantaran sudah siap
Sebelum majlis berlangsung, pastikan segala hantaran telah siap digubah. Barang2 hantaran seperti manisan, coklat, kek dsb. boleh digubah sehari sebelum majlis berlangsung. Manakala barang hantaran spt sejadah, telekung sembahyang, sepersalinan kain dsb. boleh digubah awl2 lagi.
15) Telefon pihak2 berkaitan dan pastikan segalanya berjalan lancar.
Pihak2 yg dimaksudkan adalah spt. penyedia pakej perkahwinan, juru solek, tok kadi, camera man, caterer (kalau guna khidmat katering) dll yang berkaitan. Nie penting bagi mengelakkan sebarang masalah yang tak diingini berlaku menjelang majlis perkahwinan korang nanti.
16) Hari berlangsungnya majlis!
Saat manis anda telah tiba! Bagi pasangan Raja Sehari, bergembiralah di majlis bahagia korang nie. Relaks, tenangkan fikiran dan jangan panik. Jika telah diatur dengan baik, segala2nya akan berjalan dengan sempurna!
Harap2 Jasmin leh la bersiap sedia dr sekarang..huhuhu
bukan per, skrg nie yg penting dulu kene kuruskan badan...ahahhaha
cayok2..Jasmin mesti leh punyer...
chaiyooo! hehehe
ReplyDeletewahhh, min da ade blog skarang!1
rina da ltk kt link blog rina :D
thankz rina. nie pon sebab asyik tgok rina jer edit2 blog..skrg dah rase mmg besh buat blog..haha
ReplyDeletethanks!! really help hehe
ReplyDeletewelcome....
ReplyDelete