Sebenarnya..entry nie Jasmin buat semasa Jasmin preggykan Firzana lagi...
Tgokk!!!
Lama sungguh la entry nie bersawang kan...
Sekarang masa Jasmin update entry nie alhamdulillah,
Jasmin masih mampu lagi menyusukan kedua-dua anak Jasmin...
Penat??
Ish tak yah cita lah....
Lihat!!!
Betapa besarnya pengorbanan mak-mak di luar untuk anak-anak kesayangan dia kan...
opss.....tgok dah merapu....
Jasmin nak cerita kat korang Kisah Jasmin Breastfeed anak yang sulung dalam masa yang sama tengah preggy...
Korang tahukan...dan kalau tak tahu Jasmin sebelum keje nie...
Jasmin ade buat keje dekat rumah...means kerja dari rumahla....
sambil jaga anak di rumah...
so, siang memang Jasmin banyak masa melayan Firas dan sempat menyusukan Firas sampai 2 tahun...
Alhamdulillah.....syukur sangat.
Tapi....banyak cabaran tau yang Jasmin tempoh sepanjang Jasmin menyusukan Firas dan dalam masa yang sama Jasmin preggy...
Antara anasir-anasir tersebut adalah:
1. Eh! ko ade lagi e susu? ko kan pregnant?
2. Ish...Jangan bagi susu kat anak ko, nanti anak ko bukan isap susu, tapi isap darah!
3. Jaga-jaga ko tue mengandung, kang gugur susah lak...
4. Ko tak rasa letih menyusukan anak nie...nak bawa badan lagi...ishhh...
Kalau nak ikutkan dah macam lali sangat telinga nie mendengar macam-macam.
sampaikan Jasmin menitis air mata,
Tapi alhamdulillah, Jasmin dikelilingi dengan husband yang banyak membantu dan juga mak Jasmin sendiri yang memberi galakan untuk menyusukan Firas.
Jasmin kongsikan sedikit panduan kalau korang still nak menyusukan anak dan dalam masa yang sama mengandung.
TIPS:
1. Dapatkan nasihat daripada doktor sama ada Doktor PAED dan juga Doktor Laktasi.
2. Pastikan tanda-tanda seperti pendarahan (walau sedikit) dan cepat-cepat jumpa doktor jika berlaku pendarahan.
2. Banyakkan berDOA dan THINK POSITIF
3. SUPPORT daripada suami dan juga keluarga insyaallah akan dipermudahkan segalanya.
Antara Cabaran yang paling Jasmin takut ialah susu merundum!!!
YES!!! Jasmin memang alaminya masa kandungan 8bulan...susu sangat-sangat drop. Tapi sebabkan Firas pon dah makan so, Jasmin gantikan dengan makanan dan juga buah-buahan. Jasmin juga masa nie baru start susu FM kat Firas...tapi Firas lagi suka susu mamanya....
Kalau apa yang kita fikirkan dan nekad untuk menyusukan anak, insyallah dan yakinlah Allah pasti akan tolong kita.
Memang banyak cabaran, memang tak dapat disangkal.
yang penting kita tekad dan berusaha untuk memberikan yang terbaik kepada anak-anak. insyaallah.
So, Jasmin sangat berharap agar dipermudahkan juga untuk menyusukan FIRZANA sama seperti Firas.
Ini adalah sebuah coretan suka dan duka.Adakalanya kita di atas dan kadangkala dibawah...ibarat RODA yang berpusing...FAMILY 1st(",)...may hope happiness can belong with me forever n ever...
"Ya ALLAH... permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan AMIN..."
::DOA MAMA::
~Bismillahirrahmanirrahim~ Ya Allah, Lindungilah anakku dengan sebaik2 perlindunganmu. Jauhi dia dari segala bahaya makhluk2 ciptaanmu. Kurniakan dia akal yang bijak, Akhlak yang soleh juga sifat2 yang terpuji. Dengan izin mu Ya Allah, aku memohon. jadikan dia anak yang mendengar kata ibu dan bapa serta hamba yang sentiasa sujud kepada Mu ~Amin~
0 comments:
Post a Comment