Wednesday 6 February 2013

Solid Food: Spaghetti Carbonara

Salam semua..
Jasmin sekarang dlm fasa mood malas nak update...
Tak tahu la naper...
(cettt memang dasar malas nak menaipkan)
Kali nie jasmin nak share resepi

SPAGHETTI  CARBONARA

Bahan-bahan:

1 biji bawang holland (dicincang halus)
2 ulas bawang putih (dicincang halus)
1/2 cawan daging atau ayam (dicincang)
sedikit lobak (dipotong dadu)
Sedikit tomato (dipotong dadu)
Sedikit brokoli (ambil bunga sahaja)
2-3 cawan susu segar (jasmin gune EBM)
1 cekak spaghetti
sedikit lada sulah atau mix herb** (jika perlu)
Minyak zaitun  (boleh diganti unsalted butter) untuk menumis
1-2 sudu besar tepung jagung dengan sedikit air

Cara Penyediaan;
1.Rebus spaghetti sehingga masak atau lembut.

2. Panaskn kuali dan masukkan sedikit olive oil (boleh diganti dengan unsalted batter). kemudian tumis bawang holland dan bawang putih sehingga kekuningan.
3. Masukkan ayan atau daging yang dicincang. kacau.
4. Masukkan lobak, tomato dan brokoli.
5. Bila sudah agak masak, masukkan susu. kemudian masukkan sedikit mix herb dan lada sulah.
6. Kacau sehungga menggelegak. kemudian masukkan air tepung jagung untuk memekatkan kuah. 
7. Jika kurang masin, letakkan kiub homemade daging sebagp perasa tambahan.
8. Jika terlalu pekat boleh tambah air, dan jika kyurang pekat tambah air tepung jagung. Dah menggelegak..tutup api dan boleh dihidangkan.



Published with Blogger-droid v2.0.10

1 comment: