Monday, 24 February 2014

8 Tanda Hampir Bersalin...Please Be ALert Mommies!

Hahaha...nie entry lama sangat-sangat k..
kalau boleh tengok mesti dah berswang bagai....
hahaha....
Mesti ada di antara mommies semua yang tengah tunggu hari jer nak bersalin kan....
contohnyer macam Jasmin sendiri...
Kali nie, pregnancy Jasmin terasa sangat-sangat mencabar tau...
Plus kene keje site kan...
Bila balik rumah tue kene jaga anak yang tengah membesar, 
memang semput oiii!!!
Tetapi..saat dan pengalaman mengandung memang menjadi saat yang paling terindah terutamanya bila si adik baby menendang atau bergerak....
kadang-kadang tue sampai bergelora perut macam ombak...
perut senget sebelah...hahaha...
Subhanallah, besar sungguh anugerah Allah kepada kaum hawa.



Pada akhir kehamilan, macam-macam perasaan yang datang, 
gelisah, takut, dan sebagainya..tue yang berlaku pada Jasmin...
walaupon pada kehiran yang ke-2 nie nanti.

Tdo malam pon dah tak lena lagi bila memikirkan kandungan sama ada ok atau tidak...
Tetapi tak kurang juga excited dan tak sabar nak melihat baby lahir...
hehehehe (macam-macam mainan perasaan kan)

oklah...terus masuk ke topik asal......


Hari ini Jasmin nak berkongsi 8 tanda yg mama perlu "alert" ya di hujung-hujung kehamilan...
kerana jika adanya tanda-tanda ini, tak lama je lagi mama akan dpt menatap wajah si manja di dalam kandungan...Just be ready ya untuk segera ke hospital


(pastikan beg sudah siap sedia di dalam kereta....tp nasib baik juga sebab anak sulung lahir ketika baru 37 minggu...mmg sangat terkejut huhu tp alhamdulillah semuanya dipermudahkan Allah)

Berbalik pada topik tadi...


Apakah 8 tanda-tanda hampir bersalin??

1. Engaged (atau pun baby sudah masuk laluan)

Apabila kita pergi 
checkup mesti gynae akan ckp kan sama ada baby dah engaged atau belum...Untuk 1st time mama selalunya baby akan engaged awal dalam 2-4 minggu sebelum EDD ya..dan mama akan dpt rasa bahagian atas "kosong" dan semakin berat di bawah.


2. Kerap Membuang Air Kencing

Ketika bayi sudah "masuk laluan" kepala baby akan berada dekat dengan pundi kencing dan akan menekan pundi kencing...orang tua-tua cakap kalau makin kerap kencing tu rambut baby lebat heeeeee....

3. Sakit belakang di bahagian pinggang ke bawah

Ligamen rahim dan pelvis semakin meregang untuk proses kelahiran nanti dan baby juga semakin berat di bawah.

4. Kontraksi Braxton-Hicks

Perut mula mengeras pada waktu-waktu tertentu dan kadangkala rasa seperti senggugut ketika datang bulan. Kontraksi Pra-Kelahiran ini tidaklah sekuat dan sekerap kontraksi sebenar ketika kelahiran nanti. Dan mama boleh kurangkan ketidakselesaan atau kesakitan ini dengan menukar posisi contohnya kalau ketika itu anda sedang berdiri, cuba duduk atau cuba berbaring.

5. Cirit-Birit

Hormon kelahiran juga dipercayai dapat bertindak pada usus dan boleh menyebabkan kekejangan abdomen. Hormon kelahiran juga boleh membuatkan anda loya.

6. Keputihan

Terdapat lendir dan lelehan pekat.

7. Keluar lendir pekat dan pendarahan (Show)

Kepala baby turun dalam rongga pelvis boleh menyebabkan Pluk Mukus tertanggal. Pluk Mukus ini menghalaang sebarang kemasukan bendasing ke dalam serviks dan menghalang sebarang jangkitan kuman kepada baby. 

8. Pecah Ketuban

Hanya 1 dari 10 ibu hamil yg mengalami kebocoran air ketuban sebelum kelahiran. Bagi mama yg telah pecah ketuban sebaiknya segera ke hospital lebih-lebih lagi jika air ketuban berwarna merah atau hijau kerana dikhuatiri baby mungkin lemas atau mendapat jangkitan.

Diharapkan dengan sedikit perkongsian ini dapat membantu mama-mama yg sedang menunggu hari ya...Di Nasihat, jika mama sudah berasa sakit atau tidak selesa jangan tunggu..better terus pergi ke hospital dan check ya...Lebih-lebih lagi kalau sudah pecah ketuban tu....jangan tunggu lama-lama...sebab pernah terdengar satu kisah ya di mana ada seorang ibu ini melengahkan sebab tak rasa sakit...dan masih juga terus buat kerja sedangkan air ketuban sudah pun pecah dan kalau tak silap saya air ketubannya berwarna hijau bermaknan baby sudah pun "membuang" di dalam perut. Jadi amat-amat bahaya kerana baby boleh lemas dan terkena jangkitan. Dan akhirnya baby tidak dapat diselamatkan lagi (sangat sedih bila dengar kisah itu). Kerja boleh tunggu dan ada org boleh tlg settlekan tapi nyawa anda dan baby??? Beringatlah wahai mama semua...



##Credit: bayi-ibu.com

2 comments:

  1. ku save entry ni..hihihi...
    smoga dipermudahkan.... xsabar nk tgk bby comey..

    ReplyDelete
  2. ku dah bsedia skrg...hihihi...

    ReplyDelete