Friday, 28 September 2012

Solid Food: Basic Questions

Basic questions:

1) Anak sudah 6 bulan. Mahu beri makan apa?
2) Sehari berapa kali makan?
3) Berapa banyak kuantiti makanan yang boleh diberi?
4) Kenapa tak boleh beri bubur nasi seawal 6 bulan? Bila boleh beri bubur?
5) Puri boleh tahan berapa lama di dalam chiller dan freezer?
6) Cara pengendalian puri apabila hantar ke pengasuh/taska?
7) Betik, pisang, avocado perlu dikukus sebelum dibuat puri?
8) Bagaimana mahu buat puri?

Answers (standard):

1) Beri makan puri buah/sayur dahulu. Setiap satu jenis makanan beri selama 4 hari berturut-turut sebelum intro yang baru. Gunakan button 'Search' dan taip 'carta pemakanan' atau 'food chart' untuk dapatkan panduan umum mengenai pemakanan sesuai untuk anak 6 bulan hingga 1 tahun.
2) Mula-mula 1 kali dahulu. Terpulang mahu beri bila - pagi, tengah hari atau petang/malam. Sebabnya perut bayi baru nak sesuaikan dengan benda baru.
3) 2,3 sudu sudah memadai sekali makan. Tak perlu beri banyak. Nanti perut anak terkejut. Kalau anak makan kurang dari itu, tidak mengapa. Anak baru nak belajar makan, tak boleh harap dia makan macam anak yang dah 4,5 bulan makan.
4) Selama 6 bulan anak minum susu semata-mata. Jadi, afdal beri semi-solid seperti puri epal, pear, labu etc (rujuk carta) supaya perut anak tidak terkejut. Nasi sumber karbohidrat. Boleh menyebabkan sembelit. Seeloknya mula beri bijirin seperti nasi pada usia 7 bulan.
5) Puri di chiller 48 jam. Di freezer, 4 bulan.
6) Cara pengendalian puri sama seperti cara pengendalian susu ibu.
7) Cara membuat puri ada di Photos. Ada juga di google. 

Sumber dari group HSFFYB Group

1 comment: